Followers Tersayang

DIY #Dress ala Hana Bella

Assalamualaikum.
Ingat tak entry tentang baju raya idaman saya hari tu, nak sangat dress ala-ala Hana Bella ni.. nak beli tapi budjet pula tak cukup.. nak tak nak kenalah jahit sendiri sebab kain dah beli.. sayang pula kalau tak guna.
 Cantik kan *_*..
Sanggup bersengkang mata demi nakkan dress macam ni, saya belajar dari blog jahitan dan youtube ja. Saya tak pandai nak terangkan satu-persatu tutorial untuk dress ni, saya bagi link ja eh.. nanti korang klik..
Untuk pola badan klik kat sini .
Pola skirt saya belajar kat youtube klik sini.
Pola dress ni lebih kurang pola peplum dan dress princess cut. Saya ikut pola princess cut tapi setakat paras pinggang, skirt pula jenis full circle.. memang kembang. Gambar di atas merupakan pola depan dan belakang, ada perbezaan sedikit ya. Oh ya saya guna kain satin valentro, suka kain ni sebab tak berkilat, lembut, terletak dan selesa.
Dah siap cantum bahagian depan dan belakang (1), jahit zip sorok pula (4). Kemudian jahit lengan baju, saya buat jenis lengan berkedut dekat bahu baju (3) tutorial klik sini.
Dah siap pola badan, bolehlah cantum kan bahagian skirt. Lengan saya buat jenis bercuff, jahit guna tangan dahulu sebelum guna mesin jahit takut tersilap hehe.. Agak rumit juga nak siapkan baju ni, banyak juga halangan antaranya lace tu. Lace beli on9 tapi pos laju lambat maklumkan jadi lace sampai 2 hari sebelum raya, kelam-kabut gantikan lace yang saya dah jahit sedia.. akibatnya kain rosak.. untuk tutup kesan tu saya tambah batu lip lap kat tepi lace..
 Alhamdulilah siap juga akhirnya baju idaman walaupun tak secantik mana pun tapi yang penting gembira dengan hasil tangan sendiri.. Harap entry ni dapat membantu bagi yang nak belajar jahit dress sendiri ^^.
P/s : Hari tu ada yang tanya saya jual pola blouse atau tak, sebenarnya saya tak jual maaf ya :)..

21 comments:

ZaridaIshak said...

cantik dress... menjadi jugak lah.

Cik Siti Hajar said...

cantik!!!

buatkan kita 1 please...

norhasnizakhalid said...

serius.....???? terrornya awak yunk... cantik sangat baju tu, tahniah.. memang lawa sangat ni

kyo said...

cantik... guna kain apa ye? nampak mcm satin...

Cik Nor said...

cantik..:)

Unknown said...

cantik la dear..
bestnya pandai jahit, senang nak buat baju yang kita nak.. takyah beli.. hehe..

nuranne said...

goodness...hebatnya u boleh cut and sew baju sendiri. Cantik sangat.

Anonymous said...

Kalau dekat da kathy tempah kat sis..

twinscraftlife said...

안녕하세요! Hi~! this is twinscraftlife^^ We sell handmade crafts^^ pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

ayuzan said...

jelesnya.. sbb dila jahit super lawa. ayu nk jahit matenity dress xterdaya. takut xjadi

Unknown said...

lawaaaanyaaa ^___^

Syamimi Saad said...

Waaaa.. Pndainya menjait.. Cntik dress tu..

Iola said...

Cantik sgt ♥

Unknown said...

cantikkk.senang xnak buat?

NainZnyer said...

boleh tau tak brape meter pakai kain untuk buat dress ni? cantik la..bekenan..

Cik Kumbang said...

Jelesnyaaaaa (-__-')
Best ada mesin jahit kan

CK pun kadang2 geram juga tengok baju2 online ni
Nak beli xckup bajet hahaha

Nak buat xde mesin la pula (-_-)
Xpe dah follow blog Dila nanti boleh lah try bila dah ada mesin kuikuikui~

Cik Kumbang said...

Jelesnyaaaaa (-__-')
Best ada mesin jahit kan

CK pun kadang2 geram juga tengok baju2 online ni
Nak beli xckup bajet hahaha

Nak buat xde mesin la pula (-_-)
Xpe dah follow blog Dila nanti boleh lah try bila dah ada mesin kuikuikui~

cikkyra90.blogspot.com said...

Berbakatnyaa.. ke awak ni ada belajar asas jahitan? Cantik giler.. sejibik.

Unknown said...

Brapa meter kain awk bli?bidang bpe kain?

Anonymous said...

terbaca link post ni. hehe lawa laa baju tuu.. cantikkk. Lissa tau design ja. jahit tak tau. hehehehe

Luna Merza said...

Sgt cantik. Thanks for the post. Mau try buat juga la :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain