Followers Tersayang

Kek Swiss Roll Zirafah

Assalamualaikum.
Makin suka pula nak buat kek gulung ni, bila tengok kat google pelbagai corak kek swiss roll yang comel-comel belaka, terus semangat nak terus belajar buat kek ni makin bertambah. Bahan yang digunakan tak lah banyak mana pun, masak pun cepat.. filling boleh letak ikut suka, nak letak krim ke, jem, coklat dan sebagainya. Jadi kali ni saya nak kongsikan resepi kek gulung corak zirafah yang saya ambil dari blog Resepi Citarasawan, kek yang Kak Wan buat sangat lah cantik, suka tengok hasil tangan beliau.
Kek swiss roll yang tak berapa nak corak zirafah hehe.. saya letak krim dengan bluberry filling, sedap dimakan sejuk-sejuk. Okey jom semak resepi kat bawah..
RESEPI : KEK SWISS ROLL ZIRAFAH
Bahan-bahan :
Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang 10" x 10 ". Lakarkan dengan pen corak zirafah di atas sehelai kertas minyak. Masukkan ke dalam loyang, kemudian ambil sekeping lagi kertas minyak dan alas di atas permukaan kertas lakaran tadi. Gunakan berus, celup dengan sedikit minyak dan gris permukaannya hingga rata untuk mengelak corak dari melekat dikertas apabila dikeluarkan.
  2. Adunan coklat: Bahan A : Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, diikuti esen vanilla, air dan minyak. Pukul sebati dan masukkan tepung gandum, kaup balikkan hingga rata. Ketepikan dua sudu besar adunan *** ( untuk corak zirafah ).
  3. Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk, kaup balikkan perlahan-lahan dengan adunan selebihnya dan bahan B untuk adunan cokat. Gaul hingga sebati.
  4. Adunan corak zirafah : Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk. Masukkan dua sudu besar adunan yang diketepikan tadi diikuti dengan tepung gandum. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang digunting muncungnya dan pipe di atas lakaran corak zirafah tadi.
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven. Ketepikan.
  6. Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah, Ratakan dengan spatula. Hentakkan loyang beberapa kali bagi mengeluarkan buih yang terperangkap di dalam adunan.
  7. Bakar kek pada suhu 190C selama 10-14 minit.
  8. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan di atas wire rack. Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas. Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak.
  9. Untuk menggulung : Potong bahagian tepi kek. Sediakan sekeping kertas minyak yang besar dan terbalikkan kek dengan corak zirafah di bawah. Sapu jem/filling yang disukai di atas permukaan kek dan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
Filling
100 gm whipping krim
15gm gula kastor - saya tak letak
Bluberry filling - saya tambah
Putar hingga kental (kecuali bluberry filling ) dan sapu diatas permukaan swiss roll.

Selamat mencuba ^^.  
 

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

cantik dan juga menarik... rasa mesti sedap ni sebab pakai blueberry kann???

Mirza Rohizat said...

ya Allah kak dila..sedapnye..pandainye buat..jelly tengok sebab miza tak reti..hehee

fina.S said...

wah, nice sharing.. saya pun suka ttg buat kek2 nih. hehe..

sdsd said...

dapnya!! nakkkkk :((

Anonymous said...

amboi sedap dan nampak cantik ni..akak penggemar kek gulung juga..

norhasnizakhalid said...

rajinnya dia... cantik kek..

ayuzan said...

nampak sdp gilaaa

Syamimi Saad said...

Cantiknya.. Sedap tu dh semestinya kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain