Followers Tersayang

Sebab ke klinik

Assalamualaikum.

Terima kasih pada kawan-kawan yang ambil berat dan doakan kesihatan saya.. Ada yang bertanya kenapa saya ke klinik,  sebenarnya penyakit aczema saya datang lagi.. Bulan Mac yang lalu saya dah kena penyakit ni, lepas kena suntik dan makan ubat dah beransur pulih tapi kulit tapak kaki masih mengelupas. 
Silap saya juga sebab tak ikut nasihat doktor, pesakit aczema ni sangat sensitif pada habuk dan air kotor. Lepas cuci kain mesti tapak kaki gatal-gatal, kalau cuci kain kan kaki pun ikut basah sekali, masa tu lah kulit yang mengelupas tu gatal-gatal.. kalau tak garu aduh seksanya sebab gatal tu seperti menyucuk dikaki. Bila digaru makin melarat pula kesan mengelupas tu. makin bertambah teruk bila saya ke sawah hari tu.. kat sawah kan berlumpur lepas tu banyak habuk, masa tulah gatal semakin teruk.. bekas mengelupas jadi berair dan bernanah. Sampai nak jalan pun susah sebab dua-dua tapak kaki kena aczema.. dapat bayangkan tak berjalan guna tumit kaki dan ibu jari kaki ja. 
 
Google
Kelmarin dah pergi klinik, doktor tu hanya gelengkan kepala saja tengok tapak kaki saya.. Doktor nasihatkan supaya jangan biarkan kaki terendam kat air lama-lama takut gatal-gatal kembali dan menyebabkan bakteria membiak. Lepas ni nak ikut nasihat doktor tu betul-betul dah ,tak nak kena suntik lagi..takut hihi.. Korang jaga kesihatan baik-baik ya, kata orang lebih baik mencegah dari mengubati..till then ^_^
p/s : malu nak letak gambar kaki sendiri, nanti ada yang muntah pula..

14 comments:

Puan Ezy said...

semoga cpt sembuh ye!
ikot nshat doktor ok..
=)

Anis Farhana said...

semoga cepat sembuh :)

adrianna syaz said...

Sya pnh kna penyakit kulitkat tangan dilla..teruk sgt smpai kna pg cucuk byk kali..skrg alhamdulillah dah xde..dilla jgn lupa mkn ubat eh :)

Cik Arnab said...

Hope cembat sembuh ya babe. Kita menghidap penyakit yang same ^^

Vee Lea said...

Aduyai.. Ada pula penyakit mcm ni ek. Hmm. Dengar citer pn cm sakit je. Huhuh. Get well soon, sis!

AhkakGojes said...

oloh..ciannya gadis cantik ni..semoga cepat sembuh...sensitip erk...cian awwak

Kathy R'bain said...

moga segera sihat sis..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

menderita juga kalau gatal-gatal.. euzema memang sensitif pada habuk dan air kotor kan.. anak saudara akak pun ada seorang yang kena.. sampaikan krim muka pun dia tak boleh pakai sembarangan akibat euzema.. sekarang ni alhamdulillah dah beransur pulih.. semoga dila juga cepat pulih ya.. jaga diri elok-elok..

june mohd said...

semoga kaki ella cepat baik...

Cik Mun said...

ooo..take care ye :)

Anne Nurain said...

kulit anne pun sensitif jugak, kena habuk @ air kotor je mesti gatal. Tapi tak la teruk sampai kena suntik macam dila. Just sapu ubat krim ja lepas tu sembuh.. Semoga cepat sembuh ya? :D

Ainur Athikah said...

Bersabar ya...semoga cepat sembuh..aamiin... :)

Sya Mimie said...

moga cepat sembuh.. :)

Affy Afiqah said...

orang yang kulit sensitive ni memang banyak sikit yang tak boleh buat,
macam ika juga laa, kulit sensitive, itu tak leh makan, ini takleh makan,
tempat tu xleh pergi tempat ni takleh pergi, habuk sikit takleh dan sebagainya, huuu
sabar jela kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain