Followers Tersayang

Mee Kari Simple

Assalamualaikum.
Hii.
Jom memasak lagi,tengah hari tadi masak mee kari,simple dan mudah disediakan.Makan mee jer,cuti makan nasi hehe.Tapi tak bolehlah makan selalu nanti gemok pula sebab resepi mee kari ni pakai santan.Resepi ni saya ambil dari SINI.Jom tengok resepi.

BAHAN -BAHAN:
beberapa ketul ayam di potong kecil 
10 - 15 ekor udang, dibersihkan~saya tak letak 

fish ball
fish cake 
1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (ikut suka nak pekat mana ye!) 
1 paket kecil rempah kari daging/ayam baba’s  di campur sedikit air

BAHAN A:
3 biji bawang merah, diblend 
2 ulas bawang putih, diblend 
1 batang kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga cengkih

5 biji cili kering di blend bersama bawang putih n bawang merah…kalau nak lagi pedas, tambahlah lagi cili ye!)
2 biji buah keras di tumbuk halus
BAHAN LAIN: 
1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan 
Taugeh, dicelur sekejap 
sawi di celur sekejap 
taupok 
Bawang goreng  
Belahan limau kasturi

CARA-CARA:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan A sehingga harum
  2. Then masukkan bahan-bahan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.
  3. Masukkan ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap.
  4. Then masukkan udang dan kemudian masukkan santan biar hampir mendidih
  5. Then masukkan fish cake dan fish ball
  6. Bila mendidih, masukkan garam dan rasa lah sedap ke tidak..then boleh matikan api.
Bila nak makan,tuangkan kuah ke atas mee yang telah dihiaskan dengan taugeh,taupok dan bawang goreng.
Dalam resepi ni letak sambal tapi saya tak letak,tu terpulanglah pada selera tekak masing-masing.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.



2 comments:

Berry Lavynia said...

alaaa masak tghhari, skrg br post, dh sejuk la mee tuuuuu..hehe..

bila2 singgah la tgk resepi sy lak yer... :D

MarnieyZ said...

wahhh,nmpk sedapp. mcm bukan simple je ni. hehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain