Followers Tersayang

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

Assalamualaikum.
Hii.
Dah lama tak update blog,sibuk sikit sejak kebelakangan ni.Entry kali ni saya nak share resepi kek cawan yang sangat sedap dan lembut di tambah pula dengan krim kastard memang yummy, pasal tu lah kek ni agak mahal sedikit.Resepi ni saya ambil dari Kak Azlita blogger masakan terkenal.Jom tengok resepi kat bawah..Entry kali ni banyak gambar,maaf kalau gambar tak memuaskan :(.
 Bahan-bahan:
  • 4 biji  kuning telur
  • 30 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak canola ~  minyak makan pun boleh
  • 55 gm tepung kek
  • 20 gm kastard
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 80 gm gula caster
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan ramekins bersaiz besar.Atau boleh juga guna mangkuk kertas  cup cake yang keras,atau boleh  juga gunakan cawan muffin.
Satukan tepung,tepung kastard dan baking powder.Kemudian di ayak 3 kali.
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje.Tambahkan vanilla,susu dan minyak dan kacau hingga rata.


Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata.


Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaan kering.


Pukul telur dan garam hingga berbuih.


Tambahkan 80 gm gula sedikit demi sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan  kental dan kaku (soft peaks).


Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.Gaul rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.


Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama.


Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh.Hentakkan sedikit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit.Keluarkan dari oven bila kek masak.Hentakkan sekali lagi dan biarkan kek sejuk.Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan piping bag.

Cream Custard
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200 ml (1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L saiz)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla - Ita tambah
Cara-cara:
  1. Masukkan tepung,tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.Masukkan 1-2 sudu besar susu.kacau rata jangan ada yang berketul-ketul.Masukkan telur dan kacau lagi.
  2. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave.Guna suhu yang tinggi.Masak sehingga pekat.
  3. Setiap 1 minit bawa keluar dari microwave dan kacau.Ulang sehinga pekat.
  4. Bila dah siap,masukkan butter dan kacau rata.Adunan ini boleh juga di masak atas api dapur dengan api yang sederhana.Adunan ini hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.
Jemput makan..Yummy..^^
Selamat mencuba..:)Till then..
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

8 comments:

NinaAz said...

menariknyaaaaa

Cik JariManis said...

jeles3! huhu..Cik Dila pernah ikut kursus buat kek eh? :)

shu said...

nmpak sedapnyaaa!

Bonda Qalish said...

Sedapnye cupcakes... bak 1dulang.. hihi

DilaElla said...

NinaAz >thanks :)
Cik Jari Manis>X pernah ikut kursus buat kek,belajar sendiri je.hehe :)
Shu >Try lah buat Shu :)
Bonda Qalish >hihi,ambik jer kat atas tu :)

Ieta Mat Saad said...

yummy... sedapnya...pg2 ni, terliur je rasa. hehe

mirza syazwina said...

nampak sedap!lapar plak rasa skarang nie >___<

el said...

huhuhu nak..nak kek cawan nak
sdpnye..lama gak x wat kek cawan ni..dulu rajin sokmo
huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain