Followers Tersayang

DIY # Hias cekak comel

Assalamualaikum.
Hari tu ada nampak orang post satu gambar cekak kat FB, cekak untuk pakai kat tudung.. Nampak comel pula tengok orang pakai.. Terus timbul idea dan kerajinan nak buat cekak macam tu. Okey jom mulakan projek DIY..
Ni antara bahan-bahan yang diperlukan, saya hiaskan dengan manik pearl dan bunga fabrik, tutorial bunga fabrik boleh tengok kat sini.
Sesi menjahit manik crumble kat riben satin, jahitan manik masih perlu diperbaiki lagi hehe. Lepas tu tambahkan bunga fabrik bagi nampak comel sikit. Kalau nak letak hiasan lain pun boleh, terpulang pada kreativiti masing-masing.
Kemudian bolehlah lekatkan manik yang dijahit tadi pada cekak, sebelum tu kenalah balut cekak tu dulu supaya kelihatan kemas.. Hati-hati semasa mengunakan gam pistol ya.
Dah siap pun cekak kita, mudah bukan?
Selamat mencuba ^_^.



11 comments:

Asha Lya said...

Cntik laa dila. Blh d jual tu

Unknown said...

wahhh kreatippp...

Cik Nor said...

kreatif & cantik..:)

Unknown said...

rjinnya dila buat smua tu, kreatif plak tu..hihi

adkdayah said...

dayah pernah buat macam ni..tapi tema secret garden :) kitorang buat untuk malam dinner..jimat pun jimat and paling best puas ati sebb kita punya cita rasa sendiri :)

norhasnizakhalid said...

wow.. hebat sentuhan jari jemari awak dear.. cantik..

Lieya Von Jay said...

amboi... comel bukan main lagi cekak tu.. bergaya sakan kalo pakai ^_^

Anonymous said...

Kreatif la sis ni..

Syamimi Saad said...

Cantiknya.. Blh ambik tmpahan tu.. :)

zeera lily said...

cantik nye..wah

ayuzan said...

kretip awak dila....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain