Assalamualaikum.
Hii.
Selamat berhari sabtu,moga korang semua sihat dan ceria selalu..Kali ni saya nak kongsi resepi kek lagi,wah boleh jadi gemuk kalau selalu makan kek hehe.Bukannya apa,saja buat kek sebab nak habiskan baki telur yang tinggal berapa biji saja lagi,kalau disimpan lama expired pula nanti.Resepi ni saya ambil diSINI.Kek ni lembut dan agak manis,maybe kena kurangkan gula lagi.Jom tengok resepi..
KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara:
Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang.
Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.
Senang saja kan?Selamat mencuba :)
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.
14 comments:
wahh, sedap nyaa. mintak sikit.. :3
waw. nak try tapi alatan buat kek tak lengkap lagi. nnti balik rumah eja nak try. jamu kat family. hehe. thanks share.
cantik teksturnya.. dila memang pandai buat kek ya.. :D
cantik teksturnya.. dila memang pandai buat kek ya.. :D
wooahh...=0 ... mohon pos ke rumah..=P
Memori Terindah
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/memori-terindah.html
sdap..:)
sedapnya... :)
salam ziarah... dan tgk resepi.. :)
Wah sedapnya bikin laper nih perut hehe. makasih udah share kawan :)..
sedapnya,lapar pulak tengok kek tu >__<
sedapnyaaaa...!kita xpandai buat kek, klu buat mesti x menjadi :(
nampak sedap...
jalan2 sini
new entri :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
Waaaa, sedap nyaaa :D
Anda di tag. Wee XD http://diaryismah.blogspot.com/2013/04/the-2nd-giveaway-by-farah-arina.html
Thank you so much. :D
nampak sedap
hantar bg rasa sket.. hehehe
Post a Comment