Assalamualaikum..
Masih ingat entry pasal tanam sayur hari tu.. nampaknya hasil tanaman tak berapa bagus, banyak daun-daun yang dimakan siput. Daripada biarkan semua daun habis dimakan, Nak tak nak terpaksa petik juga. Takpa lah sekurang-kurangnya dapat juga merasa hasil tanaman sendiri.
Dipetik segar dari ladang hehe.. nampak tak subur kan, kecil je daunnya..
Tak tahu nak masak apa dengan sayur yang sedikit ni, masak campak-campak sajalah.. walaupun namanya masakan campak-campak, nak juga kongsi resepi hehe..jom masak.
RESEPI : SAYUR DAUN TUMIS DAGING PEDAS
Bahan-bahan ;
Sayur daun - tak kira apa jenis
Daging - potong nipis
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
serbuk kunyit
cili giling
serbuk lada hitam
Kicap
Garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-cara:
Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian perapkan bersama daging, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, cili giling, kicap dan bahan perasa. Perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diperap tadi. Tumis sehingga daging masak.
Akhir sekali bolehlah masukkan sayur daun dan hirisan bawang besar. Masak sekejap saja ya..
Tadaa..dah siap pun.
Selamat mencuba, Memang seronok dapat rasa hasil tanaman sendiri berbanding beli di pasar. Oleh tu kenalah rajin berbudi pada tanah.. Nanti nak cuba pula tanaman lain.. ^_^
6 comments:
Wah..menjadi sayur dila tanm ni..sgt hebat...sya pun suka berkebun..best tgk sayur kita tanam sndri..
Simple..tp terliur ok! bestnyer dpt bercucuk tanam..
Jemput singgah: http://theninthalphaberts.blogspot.com/
seronoknya dapat makan hasil tanaman sendiri,mesti rasa kepuasan tu kan :)
Terjamin kebersihan bila tanam sendiri.
sedap tu dila.. memang sesuai sangat dibuat sebab sekarang ni dapat daging korban banyak..
Post a Comment