Followers Tersayang

Hati goreng berempah

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi resepi hati goreng berempah, saya guna hati lembu.. Masakan ni atas permintaan mama saya.. Sebenarnya mama tak berapa gemar makan bahagian hati ni tak kisah lah hati ayam, lembu dan sebagainya..tak dapat telan kata mama. Mungkin disebabkan bahagian hati ni mempunyai rasa yang agak hanyir sedikit. Orang kata hati ni boleh tambahkan darah..tak pasti pula betul atau tidak. Google resepi terjumpalah resepi ni dari Mat gebu..Alhamdulilah mama makan juga walaupun sedikit yeay.. Jom semak resepi..
RESEPI : HATI GORENG BEREMPAH
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
500 g hati lembu
1 biji bawang besar, dipotong bulat
1 biji cili merah, hiris serong - tak letak
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 camca teh lada hitam biji*
1 camca besar ketumbar biji*(*dikisar halus)
3 camca besar kicap pekat
3 - 4 camca besar kicap cair
Sedikit gula
Cara-cara:

  1. Hati lembu dihiris nipis, cuci dan toskan. Gaul bersama semua bahan2 diatas kecuali hirisan bawang besar dan cili merah. Perap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan no 1 tadi dan kacau rata. Masak hingga hati kecut, masukkan hirisan bawang dan cili merah, terus memasak dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat.
Senang kan, selain bahagian hati boleh juga digantikkan dengan daging atau ayam. Selamat mencuba ^_^.

P/s : Cara nak hilangkan hanyir pada daging atau hati, lumurkan dengan sedikit tepung, asam jawa atau perahan limau kemudian dibilas bersih.

1 comment:

♥♥ Nur ♥♥ said...

camat menjamu selera...
tp tite tak makan hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain