Followers Tersayang

Kek mudah dan cepat

Assalamualaikum.
Selamat hari raya aidiladha.. macam mana dengan raya korang? Banyak dapat daging korban? hehe.. Raya di tempat saya biasa-biasa saja, taklah semeriah raya aidilfitri.. Teringat pula zaman budak-budak dulu, raya haji pun tetap pergi beraya dekat rumah orang, rasa macam raya puasa pula.. Rindunya zaman kanan-kanak.. Berbalik pada tajuk entry, hari ni saya nak share resepi kek lagi, saya memang suka bab-bab membaking ni walaupun sebenarnya tak ada bakat dan asas dalam bidang baking ni.. Kek yang saya nak kongsi  kali ni sangatlah mudah dan cepat disediakan..budak-budak pun boleh buat hihi. Okey jom start..

RESEPI : KEK MUDAH DAN CEPAT 
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
200 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur gred A
50 gm mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh strawberry paste + 2-3 titik pewarna merah
1 camca teh pandan paste
150 gm gula kastor - saya tambah

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan acuan bund berlubang tengah (saya guna acuan biasa saja), atau ikut acuan yang anda suka, lenser acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Jika guna acuan bulat atau 4 segi, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan..
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan susu, gula dan kacau rata. Kemudian, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 9 minit. Tuang mentega cair dan kaup dengan spatula hingga sebati.
  3. Bagi adunan pada 3 bahagian, satu letak perasa vanilla, satu lagi strawberry emuclo + pewarna merah dan satu lagi dengan pandan paste. Kacau rata. Tuang dalam tin kek secara berselang seli warnanya hingga habis. Lorekkan sedikit dan bakar 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan. Boleh hias ikut kreativiti anda.. 
*Tak  tahu kenapa kek saya ada lubang-lubang..
Senang bukan.. Selamat mencuba ^_^

14 comments:

Ayu Zan said...

rajinnya dila.. ayu xpandai baking2.. kek coklat kukus je tahu..

farhana effa said...

wah nampak sedap... nk cuba la :)

Norhasniza Khalid said...

mudah, ringkas dan comel.. hihi

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nampak sedap kek tu dila.. :D

adrianna syaz said...

Kek kegemaran mak sya ni..nnti bleh cba resipi dila ni pulak.. :)

ikhwan yusuff said...

wow..bestnya...

Tyra Strawberry said...

wahhh nampak menyelerakan =D nak sikit heheh

Cik Mun said...

sedapnyeee...nnti ada masa mun cuba :)

Sally Samsaiman said...

ehem..ehem..hantar sini sikit :P

Kathy Rbain said...

sedapnyer..

Nadya Dyana said...

nyum nyum. bila la Nad nak baking balik nie huhu

ZazaMyMoon said...

Rajinnya dila buat cake..
lagi bagus sebenarnya buat sendiri kann daripada beli.. at least kalau buat sendiri boleh try & error then boleh improve =)

Cik Itah@RRP said...

salam aidiadha ya :)

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

suka wt kek cmni..senang..ank pun suka sgt..2-3hari dh hbs..hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain