Followers Tersayang

Serunding daging

Assalamualaikum.
Resepi kali berasaskan daging, memandangkan stok daging qurban masih ada dalam peti sejuk, lagipun tak elok simpan daging lama-lama kan. Kelmarin saya buat serunding, agak leceh juga kerja nak buat serunding ni, hmm..patutlah dijual mahal. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SERUNDING DAGING
SUMBER : DAYANG JACK

Bahan-bahan:
1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
200 ml santan
gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili giling/cili boh kisar -boleh lebih atau kurang
sedikit serbuk kunyit
Bahan-bahan kisar/tumbuk
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 inci halia
40 gm biji ketumbar (disangai dan dicarik halus)
10 gm jintan manis (disangai)
4 batang serai
daging direbus dan dicarik 
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti dengan api perlahan.
  4. Hidangkan setelah masak.
Nota : Kalau tak nak goreng dengan minyak, masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau sehingga kering.
Enak di makan dengan nasi panas
Selamat mencuba.. ^_^


11 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

rajinnya dila buat serunding.. akak kalau bab tu serahkan pada mak akak je (sebenarnya akak pemalas).. hihi..

ahmad said...

waaa... bez tu.. ada satu cara lagi kan.. dari rendang daging tu goreng sampi kering than jadi serunding.. singgah sini. jemput2 dtg blog sy yer..

Tukang Coret said...

sedapnya serunding daging...boleh try ni... :)

puteri airyn said...

Nice sharing.. mudah je buat serunding ni kan..nampak macam sedap je..

Hafiza AizZawa said...

rajinnye.. fiza beli je serunding.. tak pernah nk buat sendiri...

Normi Nieza said...

mtk skit serunding daging tu..:)

Norhasniza Khalid said...

sedapnya.. :)

Teena Tna said...

Saya suka serunding, tapi dah lama tak makan. Selalu beli jer

mirza syazwina said...

tak reti la nak buat serinding ni,makan je reti..hihii

Cik Itah@RRP said...

tak reti buat ehhehe nanti ajar sy eh? hee

Ai One said...

Nampak resepi macam mudah tapi sebenarnya nak memasak Serunding nie leceh ckit. Makan masa yang lama. Kalau tak sabar alamatnya memang tak masak la serunding tu. Serunding daging memang best , tapi Serunding ayam dan Serunding ikan pun best jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain