Followers Tersayang

Sakit gusi gigi

Assalamualaikum..
Sakit gusi saya tak juga sembuh-sembuh sejak dua hari yang lalu. Kalau mengunyah tak pula sakit tapi bahagian gusi rasa sakit berdenyut-denyut. Nak pergi hospital tapi takut pula sebab doktor kat hospital tu garang dan kasar..nak tak nak terpaksa pergi klinik swasta. Memang dah agak mesti mahal tapi kena beranikan diri juga pergi tanya. Jadi hari ni saya ke klinik gigi, sampai je kat klinik gigi terus cakap sakit gigi nampak sangat tak sabar hihiMula-mula doktor gigi  tu ketuk-ketuk gigi dan tanya sakit ke tak, memang tak sakit. Lepas tu doktor tu cakap gusi kotor dan perlu di cuci. Bila di tanya berapa kos nak cuci gigi.. wah memang terkejut jawapan doktor tu.. 1 gigi rm 200.++ campur ubat, spray. Kalau tampal gigi pula dah rm 80.00. Mahalnya..hanya mampu telan air liur je jawabnya. Kalau macam tu terpaksa lah pergi hospital kerajaan, tapi yang lecehnya kena buat temu janji..hmm tak apalah. :(
Tak jadi cuci gigi terus beli ubat sakit gigi, tukar ubat gigi dan berus gigi. Harap-harap sakit gusi ni akan beransur sembuh.. Korang ada petua tak nak kurangkan sakit gusi gigi? Atau pengalaman sakit gusi gigi ke.. Kalau ada kongsi-kongsi lah ya ^_^

16 comments:

Sally Samsaiman said...

bukan sbb gigi bongsu nak tumbeh..? sally selalu tuam je pakai kain panas...

Affy Afiqah said...

Semoga cepat sembuh dila :)

Kathy Rbain said...

sian sis...

dilaella Ella said...

@Sally Samsaiman tak lah bukan gigi bongsu , nanti nak cuba tuam lah :)

dilaella Ella said...

@Affy Afiqah thanks :)

dilaella Ella said...

@Kathy Rbain :)

azman Arsad said...

mahalnya... aduh kena elakkan sakit gigi kalau macam nih

S.K.A said...

Semoga cpat sihat =) cuba kumur dgn listerine..confirm baik..trylh dlu..mn thu kan..

Hidayah Suhailee said...

alalala.. sbr k.. mesti sakit sgt tu kan.. ?

Aefa Aerisya said...

aduhai.. mesti tak senang duduk kalau sakit ni.. takpe.. nanti wat la appointment gn klinik kerajaan. aefa sendiri xpernah g klinik kerajaan. seram -.-'

Aefa Aerisya said...

aduhai.. mesti tak senang duduk kalau sakit ni.. takpe.. nanti wat la appointment gn klinik kerajaan. aefa sendiri xpernah g klinik kerajaan. seram -.-'

Norhasniza Khalid said...

mama pernah kena, gusi membengkak.. nak makan pun seksa... apa yang mama buatkan, mama kasi rilek dari mengunyah apa-apa.. beri dia masa untuk semnbuh sendiri, sebab kalau ke klinik mesti mahal.

Hafiza AizZawa said...

sakit gigi ngn gusi mmg derita.. nk mkn ssh.. nk ckp pun ssh.. kne byk bersabar..

Aniq Bukhary said...

Kalau sakit gigi, semua ikut sajit dari kepala sampai kaki.. boleh demam lg.

Amoi Farah said...

Selalunya memang tak akan hilang kena buang baru boleh hilang *cakap berdasarkan pengalaman*

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga cepat sembuh.. mahal betul klinik swasta..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain