Followers Tersayang

Neopolitan cupcake

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, sudah minum petang? Agaknya juadah apa untuk minum petang ni. Jom cuba kek cawan neopolitan yang sedap untuk hidangan minum petang.. Yang pasti kanak-kanak sukakannya sebab warna yang menarik dan lembut. Senang saja nak menyediakannya, jom semak resepi..
RESEPI : NEOPOLITAN CUPCAKE
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
90 gram mentega
70 gram gula kastor
110 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
50 ml susu segar
3/4 camca teh strawberry paste
1/2 camca teh chocolate emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit badam cincang untuk hiasan -tak letak
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pasa suhu 175C, alas acuan dengan paper cup sesuai atau anda boleh guna paper cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga pucat, masukkan telur dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  3. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi strawberry paste dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata,. Untuk memudahkan kerja, anda masukkan setiap bancuhan tadi dalam piping beg (atau guna plastik biasa yang bersih, plastik kecil). Kemaskan.
  4. Gunting bucu piping beg tadi kurang lebih 1 cm, dan paipkan setiap bancuhan ke dalam paper cup, sebelah menyebelah, adunan kosong, pink dan coklat. Buat hingga siap semuanya. Kemudian gunakan lidi sate yang bersih, buat pusingan untuk mendapat corak yang menarik. Buat hingga siap.
  5. Tabur badam cincang dan bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba ^_^.



9 comments:

adrianna syaz said...

Ingagkan aiskrim je neopolitan..kek pun ada neopolitan eh..baru tgh rancang2 nk wat cupcake ni..tq for sharing resipi ni ye dilla.. :)

Farah Waheda Wahid said...

mini marble cake...thanks for sharing dear...

siara elina said...

comel nya >< nampak sedap.kalau ada bajet nanti, nak cuba buatlah ! hihi thanx share k ^^

Sally Samsaiman said...

guna adunan butter cake jugak ek..? mesti lemak sbb ada susu kan...huhu...bestnya baking!

Ainim Suju said...

Comel

Ainim Suju said...

Comel

Fazleyatul Aini said...

wah menarik sangat. kaler nya je dah menawan gitu merah2

Cik Itah@RRP said...

wow...bole cuba ni :)

Kathy Rbain said...

sedapnyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain