Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi yang tersangatlah mudah, iaitu cucur bilis sesuai untuk sarapan atau minum petang. Budak-budak pun tahu buat cucur ni, dulu masa sekolah rendah selalu buat cucur, tapi cucur biasa-biasa ja lah yang penting ada tepung, gula dan air kami panggil 'kuih tumpi', bentuk kuih tu macam telur dadar, nipis.. jom tengok resepi cucur bilis..
RESEPI : CUCUR @ CEKODOK IKAN BILIS AIR PANAS
SUMBER : YATIE MEMORIES
Bahan-bahan :
- 3 cawan tepung gandum*
- segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
- 1 biji bawang besar potong2 kecil*
- 1 biji lada merah(dihiris)*
- daun sup/bawang (hiris)*
- garam secukup rasa*
- 2 1/2 cwn air panas mendidih
- minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
- Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
- Bulatkan lubang ditengah adunan.
- Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
- Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
- Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
- Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
- Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.
Makan dengan sos memang sedap, selamat mencuba ^_^.
-auto publish-
10 comments:
Cucur bilis yang sesuai di hidang tidak mengira masa..
petang2 mmg suke makan cucur bilis ni..
makan dgn kuah kari plak
ummmpppp gituu
sedap ni, boleh lah cuba nanti
comelnya cucur tu. hee
Singgah malam dik....sedapnya cucur ikan bilis..
nyam..mesti sedap...
Memg nyaman ni minum ptg
wah sedapnya cucur..yummy :)
Buat cucuq x pnh menjd.huhu
sedapnya klu dpt makan pagi2 ni...')
Post a Comment