Dah makan tengah hari? Ke masih tercari-cari menu apa nak di masak tengah hari ni, bagi yang tiada idea nak masak meh cuba resepi ringkas ni iaitu sotong masak sos.. Kalau tak ada sotong, boleh gantikan dengan udang, telur dan sebagainya.
Selalunya resepi yang ringkas begini lah yang buat kita tambah berselera nak makan, siap tambah nasi lagi hehe.. Okey jom semak resepi..
RESEPI : SOTONG TIGA RASA
Bahan-bahan :
1/2 kg sotong - bersihkan dan potong
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudi besar sos tiram
sedikit kicap manis
mix vegetable
hirisan daun bawang
bahan perasa
Cara-cara:
Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang di tumbuk bersama mix vegetable hingga terbit bau. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah, tambahkan bahan perasa jika perlu (rasanya tak perlu kot sebab dah lengkap semua rasa). Kacau rata sehingga masak, angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.
Enak dimakan bersama nasi panas, selamat mencuba ^_^.
-auto publish-
-auto publish-
7 comments:
aihh betul2 terliur lah nie...
sjak2 prgnant ni nampak sotong tu sedap jeee...
Assalamualaikum dan singgah sabtu...sedapnya masakkan sotong tu...ada masa nak cuba resepi adik ni.
sedapnyer, dah la tengah lapor ni... :(
menu simple macam ni la yang membuka selera makan kan..boleh menambah 2-3 pinggan nasi ni kalau makan dila..heheh..
sedapnyee.. nak cube la nnti :)
nampak menyelerakan dan sedap..
wahhh mesti sedap kan? lapar la plak.. kehkehkeh..
Post a Comment