Followers Tersayang

Petua untuk selesma

Assalamualaikum.
Sekarang ni cuaca tak menentu menyebabkan ramai yang mudah terkena virus selesma. Kat rumah adik-adik pun kena selesma, berjangkit pula kat saya. Saya ni tak suka pergi hospital dan makan ubat, kalau dah teruk sangat terpaksalah makan ubat. Kalau selesma ringan biasanya saya akan guna petua tradisional saja, meh saya share kat korang ^_^
Kurangkan batuk dan demam
Kenal tak nama tumbuhan ni? Inilah pokok jelai, ada orang panggil pokok tasbih. Di Sabah orang namakan pokok dalai. Buahnya boleh buat gelang dan macam-macam lagi. Pokok ni banyak kat belakang rumah, banyak kegunaannya terutama untuk demam selesma. 
Caranya ambil bahagian batang yang muda atau akar bersihkan kemudian rebus beberapa minit. Bila dah suam bolehlah diminum. Untuk batuk-batuk pun boleh kurang. 
Sakit tekak/leher
Campurkan sebiji limau dan sesudu madu asli dalam segelas air suam kemudian diminum.
Kahak dalam leher 
Campurkan asam jawa dan madu asli dalam air suam kemudian minum.
Moga tips yang dikongsikan dapat membantu korang yang selesma tapi tak suka makan ubat, kesannya lambat sedikit berbanding dengan ubat, tapi bahan semulajadi ni tak ada kesan sampingan kan. Kalau sakit tak sembuh juga silalah jumpa doktor. ^_^

18 comments:

Norhasniza Khalid said...

nice sharing dila.. :)

mama amir said...

mula2 baca terkejut gak sebab tulis petua untuk selsema..dah bukak baru tau, nk sembuhkan selsema rupanya...hehe...^_^
apa2pon thanks for sharing...bole jadi panduan pada masa akan datang ni..^_^

Cik Anis said...

wahhhh..thanks for this info..sgt beruna especially yg sakit tekak tu

Ija Rased said...

terima kasih. boleh diamalkan petua ni.

Scha Aryana said...

Hee scha pn jenis takut makan ubat dan memang jarang sgt lah makan ubat. Nak buat petua2 camni pn xsuka hehe so kalau sakit tahan jela..

ZazaMyMoon said...

Tak pernah dengar & tak pernah tahu pun nama pokok ni hehe..
btw bagus jg petua tradisional ni.. tapi zaman skrg susah org nak terima tekak dgn cara mcm ni kannn Dila huhu

Sally Samsaiman said...

tapi asam jawa extra tu tak elok tau...baik pakai asam jawa yg ada biji sekali tu...sbb kawan sally yg guna asam jawa extra time dia sakit tekak...makin sakit..huhu

Normi Nieza said...

good sharing..:)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

terima kasih berkongsi petua ini dila.. pokok jelai tu baru akak tahu boleh diminum air rebusannya.. air asam jawa akak pernah amalkan kalau demam..

Lieya Von Jay said...

tq share :)

Ayu Zan said...

betul tu tips no.2 madu dan limau tu. tapi madu setahu ayu xleh dengan sudu besi..

Cik Itah@RRP said...

nice sharing dear :) bole amalkan ni..sy masi batuk-batuk sekarang ni..

Ainim Suju said...

thanks for the tips

Aku Penghibur said...

wahh terima kasih kerana berkongsi tip berguna nie

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

Farra Kikibum said...

thank u share tips berguna ni :)

Affy Afiqah said...

wahhhh bagus petua ni...dulu mama pernah buat air rebusan pucuk betik ke ape tah nak bagi ika minum masa ika kena denggi dulu...langsung ika tak minum pun sebab pahit..bau dia pun ika dah tahu pahit...so air ni pahit tak dila?

Azlan Ahmad said...

Assalamualaikum..nk mohon pertolongan..mana nk dapat biji pokok jelai ni..ada sesiapa boleh bantu poskan pd saya bijinya..tel saya 019 2326946 azlan..pleaase sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain