Assalamualaikum.
Dah minum petang? Saya sudah, makan donut ball dengan air milo.. Kuih donut ball ni sedap dan lembut, bila makan sampai tak sedar berapa biji masuk dalam mulut hehe.. Resepi saya ambil dari
Dayang Jack, terima kasih untuk resepi donut ni..
Makan masa panas-panas lagi sedap, nak resepi scroll bawah.
RESEPI : DONUT BALL
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung -
tak letak
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung) -
saya guna susu cair
Cara-cara :
- Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
- Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di
tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan
ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah
ditambahkan sedikit tepung.
- Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola.
Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di
tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau
ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
- Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Lembut dan kurang berminyak.
Selamat mencuba ^_^.
12 comments:
Woo..lma nda mendonat..buat bulat2 comel kan..jemput join Ga wana..
cuba masak nanak.cuba makan nak =p
mmmmm. donut , dap nya.. feveret tu, kena cuba buat jugak la nti :)
terliur jer bila tgk . tak semua bhn ada lah pulak . hujan camni makan memang best ...
wow sedap nyeww..
wow sedap nyeww..
hmmm..soo nyummy. nak jugak
sedapnye makan panas2 ! :D
wahhhh..terliur tgk..huhuhu
liz mg tk pndai la buat donut ni. sbb harapkan mak je heheh
Uji ehh memg sdp buat minum ptg ni
Salam. Hee sungguh rajin.
Post a Comment