Followers Tersayang

Sambal kering cornflakes ikan bilis

Assalamualaikum.
Sedap pula cornflakes yang dimasak ala-ala sambal kering ni, krupp krapp laju ja masuk mulut. Sebelum ni tak pernah pun terfikir cornflakes boleh di buat macam keropok ubi pedas, nampak sangat ketinggalan.. selalunya lepas ja raya baki cornflakes memang tak terusik pun sampai mama pun bising, sebab membazir. Bila google eh boleh pula buat macam ni..hmm, terus selongkar almari cari cornflakes..
 Ini lah hasilnya, adik-adik suka makan.. jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL KERING CORNFLAKES IKAN BILIS
SUMBER : CIK MANGGIS
Bahan-bahan :
3 cawan Cornflakes.
1 cawan ikan bilis-goreng garing.
15 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 cawan badam-goreng sekejap.(boleh ganti dgn kacang tanah) -saya guna kacang tanah
10 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah lagi.
Sedikit belacan.
1/2 cawan bijan-tabur di atasnya.(Cm tak letak sb tak ada)
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
  1. Bawang merah, bawang putih,belacan dan cili kering di kisar halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga betul-betul masak..
  3. Masukkan gula merah(Lebihkan kerana lebih sedap jika agak manis), garam dan asam keping.
  4. Masukkan ikan bilis, cornflakes serta badam.gaul hingga rata.
  5. Untuk peringatan:guna minyak yang agak banyak semasa menumis agar sambal betul-betul kering dan masak.
Selamat mencuba ^_^.

6 comments:

hidayu ayumie said...

Uhhh 1st time tgk dila.. cm menarik je.. kekal rangup tak

namy said...

eh..xpenah jumpe resipi macam ni..
macam sdap..
& macam senang gak..nak cubalah try..

zuhdi sanusi said...

wooo cornflake jadi smbal., cool.., cm bes kan.,

Nuraini Munira J. said...

wah~ sedapnya!!!! serius nak try!! Sama ah! mmg suka buat corn flakes madu tp tu la. lepas raya mmg x makan pun left over.. hmm.. smpi lemau kdg2 tu. mama pun bising ah..
thanks for the recipe! Definitely try sampai umah nnti. xde almond, kacang tanah pon boleh.. :)
Mira | http://lemieletlavanille.blogspot.com/

Dilaella Ella said...

@hidayu ayumie kekal rangup kalau simpan dalam bekas kedap udara :)

Dilaella Ella said...

@hidayu ayumie kekal rangup kalau simpan dalam bekas kedap udara :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain