Followers Tersayang

Puding Oreo Lapis Milo

Assalamualaikum.
Panas-panas macam ni tekak pasti mengidam benda-benda yang sejuk dan menyegarkan.. terus terbayangkan jus fresh oren yang ada ais hoho.. Kalau makan puding sejuk pun ok juga, so kali ni saya nak share resepi puding yang dah lama saya nak try tapi asyik tertangguh ja iaitu puding milo lapis oreo..Siapa suka makan oreo angkat tangan.
macam ni lah rupa puding tu, kalau letak banyak oreo lagi sedap tau. Nak tahu resepi jom..
RESEPI : PUDING MILO LAPIS OREO
SUMBER : YATIE MEMORIS
Bahan-bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Sekejap ja licin.. 
Selamat mencuba ^_^



12 comments:

Ainim Rashihah said...

huih..semangat ni kalau makan. confirm licin

Cik Nor said...

sdapnya..;)

sabrinashekhahmad said...

terliurnya ina tengok.. tp tak tahu macam mana nk buat haha .. kena tunggu ummi ina lah nmpak gaya nya..

Unknown said...

Tp kalau ayu suke puding milo tnpa oreo...
Heheheheh oreo boleh makan time rangup2 je.. bile bt cmni xlembik ke sis??

Asha Lya said...

Lya x gemar mkn biskut Oreo..klau Milo ja pun sdppp kan

DILA ELLA said...

@hidayu ayumie oreo tu jadi lembik tapi sedap rasa macam kek span hehe :)

DILA ELLA said...

@hidayu ayumie oreo tu jadi lembik tapi sedap rasa macam kek span hehe :)

DILA ELLA said...

@hidayu ayumie oreo tu jadi lembik tapi sedap rasa macam kek span hehe :)

DILA ELLA said...

@Sabrina SA senang ja nak buat, selamat mencuba^^

DILA ELLA said...

@Normi Nieza cik nor buatlah..mesti lagi cantik ^^

DILA ELLA said...

@Ainim Suju tulah pasal, cepat ja licin ^^

Cik Fafa said...

nampak sedap. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain