Followers Tersayang

Kek buah bakar

Assalamualaikum.

Kek buah ni saya buat untuk jamuan kelas adik, tiada idea nak bawa apa last-last kek buah jadi pilihan.. Alhamdulilah habis licin. Kek ni agak lembab kalau simpan semalaman dalam peti ais lagi tambah sedap. Memandangkan baki buah campuran tinggal sedikit, kek tu nampak tak berapa cantik, lagi satu buah campuran banyak jatuh ke bawah.. sebab tak ikut resepi betul-betul hmm.. kena perbaiki lagi nanti. Resepi saya ambil di sini, terima kasih dengan resepinya yang memang sedap. Okey jom semak resepi.

RESEPI : KEK BUAH BAKAR
SUMBER : ZUR HERITAGE
Bahan-Bahan :
250 gm Mentega
250gm Buah-buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange- kata kak sal lagi lama perap lagi sedap. -ini saya skip
4 biji Telur Gred A
220 Gula Perang-  Aku letak 200 gm je
260 Tepung Kek- Aku guna 180 gm Tepung Naik sendiri dan 80 gm Tepung Gandum - saya guna 260gm tepung blue key
1 sudu kecil esen vanila
2 camca besar susu pekat

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula  perang sehingga kembang
2.Masukkan Telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan susu pekat.
4.Kemudian gaulkan tepung ke dalam adunan tepung dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
5.Masukan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan.
6. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan  adunan ke dalam bekas spring foam tersebut. - saya guna dulang biasa 4 segi
7. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam. Terpulang kepada suhu oven masing-masing.


Selamat mencuba ^_^.

8 comments:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Sedapnyer kek buah... Feveret zumal nie ^_^

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik...wahh...sedapnya...

Bbwana adienia said...

Wah..kek buah..my feberet..lma wana x buat kek buah..

Azwar Syuhada said...

Sedapnya..boleh cuba lepas ni dah ada resepi :)

tiey smilez said...

Wah sedapnya! Dah la Dilla ni lawa pastu pandai masak, untung la Abg2 yang dapat. hihi
Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com

Nao Mei said...

Wah...nK cuba baking juga lepas nie

Anizz Annisa said...

aduhaii..nampak menyelerakan.. sedapnyeee...

hidayu ayumie said...

Nsb lah xmnt kek buah...
tp nampak cm sdap je tu dila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain