Assalamualaikum.
Kek buah ni saya buat untuk jamuan kelas adik, tiada idea nak bawa apa last-last kek buah jadi pilihan.. Alhamdulilah habis licin. Kek ni agak lembab kalau simpan semalaman dalam peti ais lagi tambah sedap. Memandangkan baki buah campuran tinggal sedikit, kek tu nampak tak berapa cantik, lagi satu buah campuran banyak jatuh ke bawah.. sebab tak ikut resepi betul-betul hmm.. kena perbaiki lagi nanti. Resepi saya ambil di sini, terima kasih dengan resepinya yang memang sedap. Okey jom semak resepi.
RESEPI : KEK BUAH BAKAR
SUMBER : ZUR HERITAGE
Bahan-Bahan :
250 gm Mentega
250gm Buah-buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange- kata kak sal lagi lama perap lagi sedap. -ini saya skip
4 biji Telur Gred A
220 Gula Perang- Aku letak 200 gm je
260 Tepung Kek- Aku guna 180 gm Tepung Naik sendiri dan 80 gm Tepung Gandum - saya guna 260gm tepung blue key
1 sudu kecil esen vanila
2 camca besar susu pekat
Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang
2.Masukkan Telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan susu pekat.
4.Kemudian gaulkan tepung ke dalam adunan tepung dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
5.Masukan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan.
6. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan adunan ke dalam bekas spring foam tersebut. - saya guna dulang biasa 4 segi
7. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam. Terpulang kepada suhu oven masing-masing.
Selamat mencuba ^_^.
7 comments:
Sedapnyer kek buah... Feveret zumal nie ^_^
Salam singgah sini dik...wahh...sedapnya...
Wah..kek buah..my feberet..lma wana x buat kek buah..
Sedapnya..boleh cuba lepas ni dah ada resepi :)
Wah sedapnya! Dah la Dilla ni lawa pastu pandai masak, untung la Abg2 yang dapat. hihi
Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com
aduhaii..nampak menyelerakan.. sedapnyeee...
Nsb lah xmnt kek buah...
tp nampak cm sdap je tu dila
Post a Comment