Followers Tersayang

Ais krim senang..

Assalamualaikum.
Hii.
Selamat berbuka puasa semua..kelmarin saya cuba-cuba buat ais krim,alhamdulilah menjadi juga walaupun mulanya tak yakin..tapi lenguh lah sikit tangan sebab nak putar adunan ais krim ni ambil masa yang lama sedikit.Dapat resepi ni dari SINI..bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak,jom semak resepi..
RESEPI : AIS KRIM
Bahan-bahan:
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat ( guna F&N - 505 gram)
setengah tin susu segar ( guna susu dutch lady)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pilihan (tak letak pun tak apa)
beberapa titik pewarna pilihan ( guna star brand)

Coklat rice (yang ni saya tambah)
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan di atas kecuali pewarna.Putar dengan mixer sehingga kembang dan naik.bahagikan beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa.Sejukkan beberapa jam dan sedia untuk dinikmati..

ini lah hasilnya..tak sempat nak snap masa ais krim dah keras..
Senang kan..nanti bolehlah buat ais krim sendiri lagi jimat dan kebersihan pun terjamin..^_^.selamat mencuba.
Assalamualaikum..

9 comments:

eimah siti said...

wahh...thanks for sharing...nak try buat la nnt

mirza syazwina said...

miza pernah buat ais krim jugak=).memang lenguh nak putar kan.
tapi tak la secantik dila punya aiskrim.hehee

Mizz Aiza said...

sedap ni dila.. terjamin kebersihan sebab kita yang buat sendirikan.. mesti kena cuba ni..

Aida Ismail said...

Pehh confirm sedap ni! ^^

amir rofie said...

Nice blog. Simple, neat, and fast loading.

Sura Mohd said...

nak buat jugakkk..:)

Cik JariManis said...

skrg dah x yah nak gi kedai..buat je sendiri dkt rumah..klu buat ni waktu raya...conform bebudak suka! haha!

Sally Samsaiman said...

eh, kenapa macam senang? :P

fuza said...

nak cuba lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain