Followers Tersayang

Kuih pasung..

Assalamualaikum.
Hii.
Pasti ramai yang tahu dan pernah makan kuih ni kan..ada juga yang panggil kuih ni kuih celorot,itu dekat Sarawak..tapi kuih celorot lain sikit lah..selain tu ada yang panggil kuih tepung serunai,wah macam-macam nama kan.Di Sabah panggil kuih pasung hihi..kuih ni merupakan kuih tradisional masyarakat suku kaum Kedayan yang dipanggil kuih punjung..kalau perkataan pasung pula dalam bahasa Kedayan bakul penyimpanan barang..ini tak ada kaitan pun hihi..
Kali ni saya tak kongsikan resepi kuih ni,cuma nak cerita-cerita kosong je.Sebenarnya mama saya yang buat kuih ni..biasanya bulan ramadhan lah kuih ni paling laris dijual,jual kat bazaar ramadhan di kampung je.Bahan-bahan untuk buat kuih ni sangatlah ringkas,kuih dulu-dulu kan tak banyak guna bahan.Cuma yang leceh sikit tu masa nak buat kon daun pisang,selalu buat mesti bocor kat bahagian bawah, hasilnya kuih yang masak berlubang di tengah haha..nampak sangat tak ada bakat hihi.
Apa pun kuih ni sedap dan wangi sebab guna air pandan.Lepas ni boleh lah cuba-cuba cari kuih ni kat bazaar ramadhan.Apa kuih kegemaran korang waktu berbuka? kongsilah sikit.. :)
Assalamualaikum..^_^

10 comments:

Acik Riotaro said...

x penah lg rase...

Fatihah said...

suka kuih nii :D

Cik JariManis said...

ohhh..nama kuih ni kuih pasung..haha! selalu gak makan..tapi..nama kuih ni tak tau pun...nice sharing dila! ^_^

||aLeaSaRa|| said...

hah ni ler kuihnya yang kak lea tengok kat berita hari tu.warna sebenarnya putih,then nak bagi menarik,campur air pandan,kan supaya nampak natural warnanya.wah bila nak rasa ni,nak gi sana jauh huwaaaa...

Mizz Aiza said...

wah.. nampak sedap tu dila.. akak tak pernah rasa kuih ni lagi.. first time dengar..

Lieya Yaya :) said...

tak pernah rasa lagi kuih ni . sebab kat bazar area manjung , perak ni tak ada pun jual . hehe

Aida Ismail said...

Tak pernah makan lagi kuih pasung ni. Apa rasa dia? Hehe~ paling suka karipap! ^^

mirza syazwina said...

huhuu,x pernah rasa ni,kuih yang balut dengan daun pisang selalu mesti sedap kan:)

boni kacak said...

eh.. kenapa saya baru tau tentang kuih ni ye??

aku eryati said...

Ahkak pun suka kuih ni..masa nak kukus yg payah..huhu..paling senang masa melantak la kan..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain