Assalamualaikum.
Hii.
Hari ni baru start buat biskut,dekat-dekat raya baru sibuk nak membiskut hehe..biskut pertama iaitu tart nanas,biskut yang simple dan senang nak buat..mesti semua tahu nak buat kan..takpe nak kongsi resepi juga sebab gembira biskut ni menjadi..:)
RESEPI : BISKUT TART NENAS
SUMBER : MAT GEBU
Bahan doh:
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Biji kas-kas untuk hiasan@poppy seed (optional) -saya tak letak
350 g tepung gandum*
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)
Jem nenas secukupnya.
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Biji kas-kas untuk hiasan@poppy seed (optional) -saya tak letak
350 g tepung gandum*
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)
Jem nenas secukupnya.
Bahan untuk glis:
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla
Cara-cara:
Untuk doh:Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
Untuk glis:Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
Untuk tart nenas gulung: Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi dan tabur sedikit biji kas-kas@poppy seed. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
8 comments:
salah satu kegemaran mama ni.. tak lengkap rasa raya tak makan tart nenas..
biskut tart nanas sedap sangat kan ^_^
fevret ni. boleh amik resipi ni. hihi ^^
kegemaran akak tart nenas ni.. makan banyak2 sampai muak.. hehe..
ni favourite ni hehe...sedapp... pandai buat kuih ye :)
My fav ni! Sedap sangat ^^
sally esok baru nak buat..kuih tart tak boleh buat awal..byk tgn yg gatal... :P
terbaikla dila...bt jgn tak bt :)
Post a Comment