Followers Tersayang

Tampal gigi dibulan puasa,batal ke?

Assalmualaikum.
Hii.
Terfikir pula nak pergi klinik gigi,nak tampal gigi geraham yang berlubang ni..gigi saya tak sakit..kalau setakat kunyah makanan lembut boleh lagi,tapi kalau makanan yang keras macam keropok,kacang dan sebagainya memang payah sikit..sikit je lah.Masa bulan puasa ni lah sibuk nak buat rawatan gigi..bulan yang sebelumnya tak pula sibuk-sibuk (marah diri sendiri hihi).Tapi boleh ke tampal gigi masa bulan ramadhan ni?ada musykil sikit..lepas tu cari kat google rupanya puasa kita tak kan terbatal..Meh saya kongsi sikit dari sumber ini.
Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur
ini pula dari sini.
Soalan
Apakah hukum puasa jika cabut gigi @ tampal gigi @ cuci gigi?
Jawapan
Cabut gigi, tampal gigi atau cuci gigi boleh dilakukan semasa berpuasa dengan syarat tidak menelan segala ubat, darah atau sebagainya.Jika tertelan, maka terbatallah puasanya.Oleh yang demikian, orang yang sedang berpuasa tidak digalakkan untuk melakukan/merawat mulut/gigi semasa berpuasa kerana dibimbangi akan membatalkan puasa. Wallau 'alam.

Jadi nampaknya tak jadi lah nak pergi klinik gigi..tangguh ke bulan lain.sekarang kalau nak makan pun kena pilih makanan yang lembut sedikit,takut nanti gigi jadi sakit semasa mengunyah.
jumpa pula gambar dari google ni.betul ke arang boleh putihkan gigi,ada sesiapa yang pernah cuba?^_^
Assalamualaikum..

14 comments:

shazillahsani.com said...

nice sharing dear..^^

Mizz Aiza said...

baru akak tahu.. terima kasih di atas perkongsian ni dila.. mak akak cakap masa zaman dia kecil dulu takde ubat gigi macam sekarang, mereka memang gunakan arang dan garam untuk menggosok gigi.. kayu sugi pun boleh juga digunakan..

DILA ELLA said...

@Mizz Aiza thanks akak,baru tahu arang boleh guna untuk gosok gigi..^_^

DILA ELLA said...

@Shaila sama-sama,moga bermanfaat :)

norhasnizakhalid said...

nice sharing, mama pun tak pasti sangat bab tampal menampal gigi di bulan puasa ni boleh ke tak..

tapi bila terbaca entry ni, baru mama faham..

DILA ELLA said...

@Norhasniza Khalid saya pun baru tahu tentang ni.moga bermanfaat mama :)

Mirza Rohizat said...

cane ae rasa guna arang untuk putihkan gigi.tak pernah cuba pun.
btw,nice sharing =)

DILA ELLA said...

@mirza syazwina saya pun tak pernah try guna arang..:)

.::: Princess MOMOY :::. said...

arang tu petua org lama2
mmg selalu dengar boleh putih gg

Unknown said...

kecik2 dulu pernah gunakan arang untuk putihkan gigi hehehe...macam berkesan jugak:-)

Unknown said...

Betul...tak dinafikan lagi. Bagus sharing ni.

Lieza Nordin said...

aahh..arang boleh buat gigi putih bersih.. xpun p farmasi bli ubat utk putihkan gigi...ehhehhexD

Sop said...

klau boleh elak, elak dr bulan puasa
x lama pun kan?
tp kalu dah kena cabut tampal dan cuci, baik pergi sebelum lebih mudarat

Mat Ming Tonjol said...

Yeay..esok bole proceed buat ke dentist..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain