Followers Tersayang

Budak sekolah bawah umur merokok

Assalamualaikum.
Perangai budak sekolah sekarang dah makin merisaukan, kerap kali di dada akhbar menyiarkan tentang kes salah laku pelajar sekolah.. Apa nak jadi budak-budak sekarang ni. Hari tu masa dalam bas saya duduk di kerusi kedua terakhir, di bahagian belakang ada 4 orang budak lelaki duduk. Selamba sahaja mereka merokok, budak bawah umur pula tu semuanya berumur 13 tahun. Rasa geram dan marah sangat dengan kelakuan mereka. Dah terang-terang ada tertulis 'DILARANG MEROKOK DALAM BAS', masih tak sedar-sedar dan tak malu. Habis berasap satu bas..semua penumpang boleh kena penyakit. 
Tergerak hati nak nasihatkan mereka tapi setahu saya mereka ni jenis budak yang tak makan nasihat, buat penat mulut saja..dah lah merokok buat bising pula tu. Saya juga amat kesal dengan sikap pemandu bas yang langsung tak ambil kisah kelakuan budak-budak tersebut malah turut serta merokok. Akibat tak tahan dengan bau asap rokok saya buka tingkap bas luas-luas sampai tingkap belakang (tempat budak nakal tu duduk) tertutup, baru padan muka mereka..sepanjang perjalanan tu tutup hidung dengan tudung.. 
*pelajar sekolah merokok-google
Kalau zaman sekolah dulu mana ada pelajar yang berani merokok depan orang awam, kalau ada pun mereka akan merokok di tempat-tempat tersembunyi kerana takut diketahui oleh ibu bapa ataupun cikgu. Berbeza sangat dengan budak sekolah sekarang yang semakin berani. Pening dengan perangai budak sekolah sekarang ni..hmm..

21 comments:

PeRdU cINta said...

bila masing-masing lebih dahulukan ego dan bukan masyarakat sekeliling beginilah jadinya..tanda larangan merokok itu tak ubah seperti hiasan semata-mata..orang dewasa pun berperangai serupa..ralat dan sangat sedih :(

The Big Sengkuang said...

assalamualaikum..

yup setuju sangat dengan entry ni.. lagi-lagi ayat part last tu..

budak sekarang sangat melampau.. jangankan takut cikgu.. takut dekat mak bapak pun tidak..

some parents tu siap bela lagi anak dia.. cakap anak dia baik la.. alim la.. padahal anak dia teruk..

now kalau kita nasihat diaorang.. kita kena balik.. buat sakit hati jer..

pelajar sekrang bukan setakat merokok... ada yang hisap dadah, ada yang merempit dan yang jual badan pun ada ..

inilah dunia akhir zaman..

*sori sebab terlampau emo* :)

p/s : cantik la header blog ni.. :)
kalau ada masa..
silalah terjah blog saya.. http://cerminmatatebal.blogspot.com/ .. :)

Mizz Aiza said...

sabar aje la kan.. huhu.. teruk betul sikap budak-budak zaman sekarang.. ditegur memberontak dan melawan pula.. harga rokok dah naik tak beri kesan kat mereka pun, maklum la semua 'anak orang kaya' kot.. yang paling hebat wanita pun ada yang smoking di tempat awam..

Mirza Rohizat said...

kalau miza kan selalu nampak budak sekolah merokok dekat stesen bas,macam tak de pape je..geram betul

Ainim Rashihah said...

Sebenarnya kesalahan ni tak boleh ditujukan 100% kpd budak2 ni. Kena tahu punca knp mereka merokok. Siapa yg dekat dgn mereka itulah yg selalunya dijadikan 'taudalan'. Ibu bapalah yg perlu main peranan penting dlm mengawal aktiviti anak2 even dalam kesibukan mencari rezeki sekalipun. Semua pihak main peranan dan selebihnya kepada budak2 tu sendiri dalam menilai perilaku sendiri. Wallahualam

Anonymous said...

selalu juga nampak sis..

norhasnizakhalid said...

pening mama, sama situasi nya kat tempat mama, merokok belakang rumah mama tu, sampai mama call polis suruh halau, mama halau berani betul melawan... bukan melayu kita, tapi budak india.

Kechek Buzz said...

semakin parah dah budak-budak sekarang... semuanya bukan boleh ditegur ada je jawapannya, silap-silap diajaknya kita bertumbuk sekali..hmmm

anamizu said...

hermm tu lah.. zmn skang ni dah lain.. kalo dulu, mak ayah pukul/rotan anak mmg niat utk mengajar & xde hukuman ape2.. tp zmn skg ni kalo mak ayah atau cikgu2 rotan murid mmg kene hukuman mcm2 la.. sbb tu jugakal anak2 skg ni lebih naik lemak =.=

Pha Is said...

budak skrg dh x takut ngan mak pak dah.. tmbah plak, bapak pun sama merokok...

Affy Afiqah said...

betul tu dila, ika pun selalu jugak terjumpa budak2 lagi dah merokok, pelik kadang-kadang tu apa yang bagusnya merokok pun tak tahu. Yang lagi pelik bila mereka selamba je merokok in public. Remaja sekarang ramai yang rosak berbanding dulu.

.::: Princess MOMOY :::. said...

yang penjual pun kadang2 nak untung
tak kisah bawah umur ke tak , janji barang jualan laku.

Zaza Abdul Latif said...

budak2 zaman dulu & skrg banyak beza.. budak2 skrg ni terlalu berani & terlalu open utk membuat sesuatu yg kadang tu diluar jangkaan org besar.. mcm2 kes yg dah terjadi pun diorang ttp tak menjadikan satu pengajaran.. huhu

Sweethoneybelle said...

budak zaman sekrang perangai pelik . kdang2 berani dorang tu melampau2 . . haish . .

Sally Samsaiman said...

susah dah nak bendung gejala ni...yg perempuan pun sama skrg ni -___-''

Unknown said...

dik..mana budak sekarang nie takut dengan cikgu bagai..semua benda nak dibuat..tanpa rasa segan silu lagi tu..huhuhu

dEdEQ dE wIshEs said...

SETUJU SGT NGAN ENTRY NI :)

NNTI TGOK BLOG AKAK EH ? MALAM NI NK UMUM PEMENANG .. HEHE . ADIK MYBE SALAH SORG PEMENANG

Aku pengembara said...

Sayangi paru-paru anda.. Nasib baik la saya x merokok :)

Fiza Aizzawa said...

mmg dah tak boleh larang dah bdk2 zaman skrg nie..

Fais-SKA said...

budak2 skrg ni mmg kras kepala dan kurang ajar..hati2lah ye kalau nk beri nasihat..tkot mkn diri nnti..bab rokok ni mmg xthu dah nk cegah cmne..rokok naik harga pn slamber je diorang..

zuhdi sanusi said...

ntah aper2 jer bdak2 skarang eik.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain