Followers Tersayang

Lari dari rumah

Assalamualaikum.
*google
Asmawi, kawan adik saya (Nazrul) sudah 3 hari tak balik rumah sejak rabu lalu. Ibunya sudah 2 kali pergi ke rumah saya untuk mencari Asmawi. Ibu mana yang tak risau kalau anaknya tak balik rumah kan. Menurut adik, kawannya itu selalu dimarah dan ditengking oleh ibuya. Kesalahan yang remeh pun ibunya akan tengking dan mengeluarkan kata-kata kesat ' kau bukan anak saya, jangan balik lagi di rumah saya!'. Sebenarnya Asmawi bukan lah anak kandung tapi sekurang-kurangnya cakaplah elok-elok bagi teguran yang membina, supaya anak tersebut tak kecil hati dan faham kesalahan sendiri.
*ibu marah anak- google
'Kami kasihan tengok Asmawi selalu kena tengking, dia pernah kena gunting telinga sebab bawa basikal keluar' kata adik. Sampai begitu sekali marah ibunya pada Asmawi sedangkan hal kecil saja. Menurut mama saya, budak tu memang baik dan hormatkan orang tua. Tak tahu di mana silap budak tu sampai selalu kena marah, saya pun tak berani nak komen banyak-banyak.  Pernah sekali Asmawi cuba lari dari rumah tapi gagal. Agaknya Asmawi tertekan dan inginkan ketenangan, mungkin dia tidur di mana-mana rumah kawannya.
Harap-harap kawan adik selamat dan segera balik rumah, kerana lari dari rumah bukanlah jalan penyelesaiannya. Takut kalau terjadi perkara yang tidak diingini sebab sekarang ni ramai kes remaja lari dari rumah kemudian terjebak perkara yang tidak bermoral.. Nauzubillahi minzalik.
Salam jumaat dan terima kasih sudi baca. ^_^

14 comments:

Unknown said...

semoga adik cepat pulang ye..

Sally Samsaiman said...

Laaa...sampai camtu sekali...umur berapa dia..? kesiannya :(

Semoga dia selamat la hendaknya...

DILA ELLA said...

@Sally Samsaiman umur dia 13 tahun. harap dia selamat.. :)

DILA ELLA said...

@Cik Mun harap2 begitu, cik mun :)

Adriannasyaz said...

Dulu pnh merajuk dgn mak..konon nk lari umh..tp bila inbat xdak wit nk mkn nasik..trus patah blik..huhu..

Arap2 kawan adik dilla tu segera balik ke rumah ya :)salam jumaat dila

Cik Itah said...

semoga dia selamat walau di mana jua dan semoga dia cepat balik..amin.
kesian pulak dengan family dia hmm

Farah Waheda Wahid said...

semoga dia selamat di luar sana dan cepat pulang... memang risau kalau budak2 lari dari rumah, macam2 perkara boleh jadi kat luar sana tu....

chris said...

Hello I'am Chris From France!!
Assalamualaikum
You Have A Wonderful Blog Which I Consider To Be Registered In International Blog Dictionary. You Will Represent Your Country
Please Visit The Following Link And Comment Your Blog Name
Blog Url
Location Of Your Country Operating In Comment Session Which Will Be Added In Your Country List
On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
Happy Blogging
****************
You can forward this invitation to your friends

Mizz Aiza said...

sampai lari dari rumah ke? kasihannya dia.. semoga ada yang sanggup membantu dia..

Lieya Von Jay said...

kesian nya kat dia :(

Anonymous said...

siannye dia..moga segera balik dengan selamat..

The Big Sengkuang said...

sometimes bila kita dengar ada budak lari daripada rumah.. kita akan terus cakap.. "anak derhaka" .. kita tak mendalami isu tersebut.. apa punca budak tu lari rumah.. kadang kadang salah ibu bapa itu sendiri.. memanglah .. anak berkecil hati dengan ibu bapa, ibu bapa tak berdosa.. but itu tak bermakna just anak yang perlu jaga hati ibu bapa.. ibu bapa juga harus menghormati perasan anak.. adakah derhaka seorang anak itu jika dia keluar rumah akibat tidak tahan dihina oleh ibu bapa?? derhaka kan dia?? lagi lagi anak angkat.. memang lah dia tu anak angkat.. but tak payah lah nak hina.. kalau dah tahu tak suka ada anak angkat.. dah tu kenapa pergi ambil anak angkat??
berdasarkan entri ini.. Asmawi hanya melakukan kesalahan kecil.. tetapi dia telah dimarahi dengan teruk malahan dia juga dihina.. so i think tak salah kalau si Asmawi ni lari dari rumah..

*sori kalau komen ni terlampau panjang.. cuma luahkan apa yang terbuku dalam hati.. :) *

Fiza Aizzawa said...

lari..tak cari ke.. risau kalau ada aper2 jd.. semoga dia cpt pulang...

Atien said...

Kalau da smpi cedera boleh report kes dera ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain