Followers Tersayang

Nasi ayam simple dan sedap

Assalamualaikum..
Pasti ramai yang gemar makan nasi ayam kan.. Kebetulan ada kepak ayam kat peti sejuk, berfikir-fikir nak masak apa.. Cari kat google terliur pula tengok nasi ayam yang sedap-sedap. Dapat saja resepi yang sangat senang terus cuba masak.. Resepi saya dapat dari blog Azie Kitchen, memandangkan tak cukup bahan, jadi kuah sup saya tak buat. Okey jom semak resepi..

RESEPI : Nasi Ayam Sedap
SUMBER : Nani Rostam
Nasi Ayam:
Mentega 
Minyak ayam - saya tak guna
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream - saya guna susu cair
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Cara-cara:
  1. Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. 
  2. Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 
  3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. 
  4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Resepi lauk ayam
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan
Cara-cara:
  1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  3. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Sambal cili -  cara saya
5 biji cili merah
4 biji bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato dan sos cili
sedikit cuka
gula dan garam

- Blendkan kesemua bahan-bahan di atas dan tumiskan sekejap..masak sampai likat sedikit.
Untuk resepi lengkap boleh ke blog Azie kitchen.. selamat mencuba ^_^.

12 comments:

Ainim Rashihah said...

sedapnya

Unknown said...

sedapnyaa , nak cuba lah nanti , terima kasih ^^

TelingaBulat said...

ayam die keecur TB hehehe

Athirah said...

Kalo Sy google seribu kali pn, cnfirm xleh msj jgk...haha

Cik Nor said...

sdap tu?

shu said...

sy pnh wt skali nasi ayam time bln posa..ssh skit nk balance cili dgn cuka..

norhasnizakhalid said...

simple dan sedap, mesti menyelerakan..

Anonymous said...

nampak comel je nasi ayam tu ^^

Fais-SKA said...

nampak sedaplah =) adehhh lapar pulak rsa..dh la xlunch lg ni..smbal tu mmg pekat cmtu ke?? gmbar atas tu mmg gmbar sndri ke?

Mizz Aiza said...

sedapnya lunch hari ni.. :D

shazillahsani.com said...

nice sharing...boleh cube lepas nie..^^

DILA ELLA said...

@Fais-SKA kalau nak buat cair pun boleh, tapi saya suka sambal pekat..memang gambar sendiri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain