Followers Tersayang

Agar-agar Karamel

Assalamualaikum..
Dah lama nak buat puding @ agar-agar karamel ni tapi asyik tertangguh saja.. Akhirnya kelmarin dapat juga merasa puding karamel ni hehe.. Puding ni senang saja nak buat, tak payah pakai telur pun..mm..memang sedap terutama kalau sejuk.  Resepi ni saya dapat dari blog Tiffin Biru,  jom semak resepi.
RESEPI : AGAR-AGAR KARAMEL 
SUMBER : SHAFIDAH SHAMEN
Bahan-bahan:
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)

600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)
Cara-cara :

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati-hati tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar-agar.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin.

Selamat mencuba ^_^.

14 comments:

Aya Zuki said...

nyummm dapnyeee :)

Nur Azwa Edora said...

woww sedapnya... pandai eila buat ya.. bila nak bg azwa rasa sikit?? hehe :D

Kechek Buzz said...

yummy2...nmpak macam sedsp je... boleh la balik test buat cuti nanti.. thanx utk resepi.. :P

mirza syazwina said...

karamel tak de telur sedap dan sihat! :)

Maria Firdz said...

Wah.. Menarik.. Blh cuba nih..

Sally Samsaiman said...

dia kenyal la dila..??

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedap dimakan sejuk.. :D

Affy Afiqah said...

wahhhh, boleh cuba ni nanti :)

adrianna syaz said...

Resipi puding x pki telur..bleh ciba jgk ni..sbb setengh ank sdara x suka puding bertelur..tq sharing dila..folo dila kmbali :)

Kathy Rbain said...

sedap...

Hafiza AizZawa said...

sedapnye.. klu dpt mkn nie kompom sakit tekak fiza ok...

hazlina azmi said...

sedapnyeeee..blogwalking..jemputla ke blog saya dan bertukar2 link
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

SecretOfShaila said...

hurmmm...nampak sedap..^^

S.K.A said...

pernah makan =) mmg sdap dan manis..cntik pulak agar2 tu..pndai bt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain