Followers Tersayang

Minum petang

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, dah minum petang? Menu minum petang kali ni pisang goreng dengan teh ja. Ada yang panggil pisang goreng ada juga yang panggil goreng pisang..tapi mana satu yang betul eh? Mana-mana sajalah kan hihi.. Hari tu jiran sebelah rumah bagi setandan pisang, alhamdulilah rezeki inilah kebaikan hidup berjiran. Tak tahu nak masak apa dengan pisang ni selain pisang goreng, kelmarin dah buat pisang goreng..hari ni pun buat lagi..bukan apa takut nanti pisang tu buruk, membazir pula. 
pisang sabah 
Pisang goreng enak dimakan panas-panas. Saya tambah bawang merah dalam adunan tepung..memang sedap dan wangi. Oklah nak sambung makan pisang goreng lagi.. Line internet sangat slow menyukarkan kerja blogwalking, mana yang tak sempat saya singgah maaf ya ^_^.

14 comments:

Puan Ezy said...

sedapnye..
kat cni ujan.. mmg best la pekena pisang grng pns2..

~emi~ said...

Goreng pisang = perbuatan menggoreng pisang

pisang goreng = makanan. pisang yg siap digoreng


tp ekceli sy pun slalu pggl goreng pisang walaupun tahu salah. Heee..dah terbiasa. hmmm bestnya pisang goreng ni. Dah lama tak makan.

btw jom singgah ke blog sy ye :)

ezyra daniel said...

wahh sedap nye..betul la tu,pisang goreng..kalau "goreng pisang" tu sama makna dengan menggoreng pisang.
nanti bg sikit la kat sini ^^

Cik Puan said...

rase nye same ke klau letak bawang?

ika zulkefli said...

sedapnya pisang goreng tu..tengah lapar ni, nak sikit..hehe

Lieya Von Jay said...

mmm sedap nya . serius dh lama xmakan goreng pisang ^_^

SecretOfShaila said...

gorengpisang buat minum ptg mmg terbaik...tambah panas2...

adrianna syaz said...

Saya pun dah lama x bli pisang goreng ni..hehe..sngguh sedap ni.. :)

tiey smilez said...

Wahhh. Sedapnya pisang goreng. Dah lama xmakan. Best goreng pisang yang dah masak, lembut cket.hihi

Sally Samsaiman said...

pisang goreng yang betul...sebab goreng pisang tu kata kerja...sama la macam Mee goreng...kan kita tak panggil dia "goreng mee" kan...? hehehe...

tp pisang goreng guna pisang masak, mmg sedap!

Anne Nurain said...

biasa panggil sanggar jak.. pisang tu memang pisang sabah ka namanya? hehehe

Farah Waheda Wahid said...

tiba tiba malam2 ni macam sedap pula tengok pisang goreng tu...

Affy Afiqah said...

pisang goreng yang sebetul2 ayat eheee :D
ika pun suka kalau buat pisang goreng untuk minum petang, tak pun jemput2 jagung..

zeera lily said...

sedap nye... hehe... tp cm da jemu sikit, sbb slalu mkn pisang..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain