Followers Tersayang

Sup Tulang

Assalamualaikum..
Menu untuk tengah hari ni sup tulang.. Bab-bab sup ni saya memang tak berapa mahir sangat.. kalau buat pun rasa macam ada saja bahan yang kurang tapi tak tahu pula apa. Alhamdulilah.. percubaan membuat sup kali ni agak berjaya.. gembira bila masakan kita habis dimakan. Kali ini saya ikut resepi dari Kak Nor. Jom semak resepi..
RESEPI : SUP TULANG
Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 inci halia diketuk
1 rempah sup bunjut @ 3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang - saya tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka 
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
Bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jangan buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yang sederhana sahaja. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibahagian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yang dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak boleh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
Letak sambal kicap memang tambah menyelerakan.. Selamat mencuba ^_^

17 comments:

Sally Samsaiman said...

cer hantr sikit kat sally...nk komen ni..hahaha :D

Farah Waheda Wahid said...

sup tulang memang awesome... my favourite juga...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

yummy.. sedapnya kalau dapat makan tengahari ni.. :D

adrianna syaz said...

Pndai dilla masak ni..sya ssllu buat sup ayam je..nnti bleh g cri tulang plak..tp yg pling feveret..mmg sup ekor..sgt sdp.. :)

ikhwan yusuff said...

bestnya..:)nanti blh cbe..

Hafiza AizZawa said...

sedapnye.. time hari raya korban hari tu puas mkn sup tulang..

Cik Itah@RRP said...

macam sedap ja :)

JunAina said...

Akak kalau buat sup buat dalam jumlah yang banyak lepas makan dengan nasi next editionnya celur bihun pulak, nikmatnya...

ezyra daniel said...

aduhh feveret sye nie..sedap nye la tgk...

marniey zul said...

pergghhh, mcm sedap je, mcm nak rasa je. hehehe. sambal kicap tu mmg sllrpp...

Kathy R'bain said...

my fav...

Azhafizah Md Nor said...

tak suka sangat makan sup tulang..xde isi..hehehe..tapi kalau penggemar tegar mmg suka sgt kan..lagi2 hirup dalam tulang tu.

Affy Afiqah said...

wahhhh nampak sedap ni dila :)

mirza syazwina said...

sup panas dengan sambal kicap memang kombinasi yang best!

Akeyla Azmi said...

aiyayayai sedapnya omgeeeeeeeeee


kenapaaaaaaaaaaaa


TT_TT

Cik JariManis said...

wahh fav food jm! tapi klu nak buat mmg jm takmo..takut jahanam ja dapur..haha!

Nadratul Syazwana said...

Rasa macam dah lama tak makan sup tulang ehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain