Followers Tersayang

Oreo Cupcake Senang

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua.. Hujung minggu ni duduk rumah saja, kaki belum sembuh lagi.. terima kasih pada yang ambil berat. Berbalik pada tajuk entry, hari ni saya nak share resepi kek cawan yang sangat mudah dan sedap.. Pasti ramai yang suka makan biskut oreo ni kan, lepas makan gigi jadi hitam hihi. Kek ni saya dengan adik bongsu yang buat, dapatlah 9 biji cupcake saiz sederhana. Okey jom kita buat cupcake..
RESEPI : CUPCAKE OREO
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan - tak letak
Gula manik halus, untuk hiasan
Bahan buttercream:
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis
Sedikit oreo kiasr -saya tambah

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. Untuk buttercream: Putar semua bahan-bahan buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
Selamat mencuba resepi yang senang ni ^_^

28 comments:

W. Mastura said...

Thanks for sharing . Sedapnyaa cupcake tu . huhu :)

Cik Itah@RRP said...

rajin betul dia ni hehehe..macam sedap ja tu..minta la sikit hukhuk

mirza syazwina said...

alololoo,kiutnya..hehe..saya suka jugak kek oreo ni..hee

Ainur Athikah said...

Senang dan nampak sedap.. :)

uyu kawaii said...

hai jom join ramai2 ni giveaway kedua sya ada lbih 40 hadiah menanti anda!! jom rebut skarang peluang ntuk menang sangatlah cerahh!! beg korean style pun ada!
http://artisarainbow.blogspot.com/2013/11/2nd-giveaway-by-artisarainbow.html

Puan Gojes said...

sedap wei :)
hi dila :) PG singgah ziarah dila :)

Azim Aris said...

sedapnyeee oreoooo...Blog saya :
Azim Aris

Tak Mungkin Benar

Muhasabah



follow ya :)

Sya Mimie said...

comelnya cupcakes tu.. tp belum berkerajinan je nak buat..hehe

ezyra daniel said...

mcm menarik plak..nanti nak sruh kkak sye buat la hehe...done klik iklan awak ye ^^

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

yummy.. sedapnya.. terliur pula malam-malam ni.. :D

Ahmad Kamil said...

mohon pos ke rumah saya. lapar..haha =P

exam dah habis
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/11/exam-dah-habis.html

ika zulkefli said...

dulu pernah nk try buat cupcake tp tak kesampaian lg..hehe btaw nice resepi..:)

atien zuraidah said...

Mcm sedap je,x pernah try sbb x de oven..hehee

dilaella Ella said...

@W. Mastura sama-sama :)

dilaella Ella said...

@Cik Itah@RRP ambillah di atas tu hehe..:)

dilaella Ella said...

@mirza syazwina oreo sedapkan :)

dilaella Ella said...

@Ainur Athikah trylah nanti :)

dilaella Ella said...

@Sya Mimie kejap je nak buat ni.. ada masa boleh cuba :)

dilaella Ella said...

@ezyra daniel thanks ya :)

dilaella Ella said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) hehe :)

dilaella Ella said...

@atien zuraidah guna oven lama pun boleh juga.. :)

dilaella Ella said...

@ika zulkefli ada masa boleh cuba,:)

dilaella Ella said...

@Ahmad Kamil hehe.. :)

dilaella Ella said...

@Puan Gojes hi PG.. :)

dilaella Ella said...

@Azim Aris nanti saya follow ya :)

Hafiza AizZawa said...

tu dia.. seketul oreo..hihi.. mmg npk sedap.. tambah pulak ader oreo..

budoxe lee said...

wah sedapnya~ pergh teringin nak makan

Affy Afiqah said...

boleh cuba buat ni nanti, TQ share resepi ni dila :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain