Followers Tersayang

Nasi goreng sosej

Assalamualaikum.
Pagi ni tak tahu nak sarapan apa, buka peti sejuk nampak sosej terus terfikir nak buat nasi goreng. Nasi gorenglah masakan yang senang dan cepat untuk orang bujang selain maggi dan telur kan hihi.. 
Nasi goreng campak-campak ja.. Jom tengok resepi yang sangat senang ni..
RESEPI : NASI GORENG SOSEJ
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Bawang merah - cincang halus
Bawang putih - cincang halus
Sosej secukupnya - potong 
Mix vegetable
Sayur daun
Sos tiram
Sos cili
Kicap pekat
Serbuk lada hitam
Serbuk pati ayam
Garam
Minyak
Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan mix vegetable, sosej dan sayur daun. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat, pati ayam, serbuk lada hitam dan garam tumis sehingga sosej masak. Akhir sekali masukkan nasi, bila dah masak angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba ^_^

14 comments:

Ija Rased said...

sedap...laparrrrrrrrr

heirizalieyana said...

Mcm sedap jew nieyh..

TelingaBulat said...

nasi goreng je pn tgk pic blh buat org lain sentap..hehe menarik

Cik Puan said...

hahahaa...sme lah..pepagi ne cik masak nasi goreng...tp nasi goreng telur...simple2 je pon...ihihi

Nao Mei said...

hihi..cik akak paling suka nasi goreng ikan bilis..hihi...
sosej cik akak tak makan :)


klik semua nuffnang

Hafiza AizZawa said...

dila nie mmg pandai memasak.. simple dan sedap tu..

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Ayu Zan said...

nampak sodapppp

Cik Itah@RRP said...

waa..sedap ni

Mazni Munawar said...

wahhh sedapnya. ada sosej pulak tu :D

ZazaMyMoon said...

Simple but nice je kannn.. senang pulak tu nak buat.. :))

Affy Afiqah said...

kalau datang ika punya malas, ika pun buat nasi goreng je huuu, tapi tak pernah lagi buat nasi goreng letak sos tiram, boleh try ni nanti :)
TQ sharing dila~

Ainur Athikah said...

Sedapnya..dari kenyang terus lapar. :D

FaRa said...

wah... sedap nya... lapo pulak... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain