Assalamualaikum.
Salam jumaat semua.. kali ni saya nak kongsi resepi roti lagi. Seronok pula 'meroti' ni, tambahan pula kat rumah ni semua suka makan roti..tak kira roti tu menjadi atau tak, sekejap saja licin hihi. Pagi tadi saya buat roti sosej, saya guna resepi dari blog Yatie cooking..tapi saya buat setengah adunan sebab sosej tak cukup. Untuk tips membuat roti korang pergi ke blog Yatie cooking..
RESEPI : ROTI SOSEJ
SUMBER : YATIE COOKING
Bahan-bahan :
190ml air
400gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60gm butter
Sosej yang mencukupi (direbus terlebih dahulu)
cara-cara:
1. Tepung, susu tepung, garam & telur dikacau sebati (BAHAN A)
2. Bancuh gula dengan yeast dalam air suam (BAHAN B)
3. Masukkan B dalam A gaul sebati dan masukkan butter, uli sehingga lembut
4. Biarkan 45 minit - 1 jam atau sehingga roti naik dua kali ganda
5. Uli doh mengikut bentuk yang dikehendaki, biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak
6. Untuk menampakkan roti berkilat diatas, boleh le disapu adunan susu segar & telur kuning diatasnya.
7. Dibakar dengan suhu yang tinggi 200C selama 10 minit dan kemudian diturunkan suhu kepada 180C selama 10 - 15 minit. Ini semua bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ye jadi kena pandai agak-agak juga. Kalau rasa dah masak boleh lah diangkat.
Selamat mencuba ^_^
17 comments:
nampak sedappppp ~
wah,favret nih..kalaulah ada ketuhar,dah try resepi nih..;)
sedapnyaa.. saya paling suka roti sosej :9
nyummm sodapnyee >__<
Wah..dila mcm tau tau je sya nk buat roti sosej ni..mmg tgh tercari cari resipi roti sosej ni..nanti bleh cba ni..meroti mmg best kan dila.hehe
cik ingatkan susah sangat nak buat roti ne..upe nye senang je..cik nak print..ade mase cik nak try jugak...maceh dgn resepi nye :)
nak order boleh?
Sedapnyaaa .. Comelnya blog..
lapar pulak tgk roti sosej ni:)
wow nice resepi, masa time sekolah kt kantin slalu jual roti mcm ni, tp klau dpt buat sendiri memng best..hehe
whoaaaa krukk kruukk perut ika dibuatnya --'
sedap nye!!!
memang fevret la kan!
akak suka roti sosej.. nanti boleh cuba resipi dila jika akak berkelapangan.. :D
pandainyer..
xsuka bijan tu
npe kalau roti hias bijan ea? hehe
btw, pandainya buat roti! resepi pun cm sng je :)
MG nak carik folower ke 500
jom ! MG nk ckupkan folower nk buat GA worth rm500 :)
Ini one of my favorite dari dulu sampai sekarang tau. Tapi tak pernah buat sendiri. Hehe
bestnye pandai buat roti! ^_^
Post a Comment