Followers Tersayang

Kuih Kasui

Assalamualaikum.
Hii.

Saya memang suka makan kuih-muih tradisional,bukan saja sedap malah nak membuatnya pun tak rumit..tak perlu banyak bahan.Antara kuih tradisional yang saya gemari ialah kuih kasui,jadi kali ni saya nak share resepi ni..Resepi ni saya ambil dari SINI..jom semak resepi.
RESEPI : KUIH KASUI
SUMBER : RESEPI RAIDAH
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula merah ~ saya guna dark brown sugar
3/4 cawan gula
3 sudu besar(makan) air kapur ~ saya letak 1 sudu saja
5 cawan air
1 sudu kecil perasa pandan
Kelapa parut dicampur sedikit garam~ untuk menyalut kuih

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Sapukan sedikit minyak atau lapikkan plastik dalam loyang.
3. Tuangkan bahan (1) tadi tetapi elok ditapis ramuan tersebut untuk memastikan semuanya sebati.
4. Kukus sehingga masak (anggaran dlm 1/2 jam) atau sehingga masak.
5. Sejukkan dahulu baru dipotong.
6. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut tadi.

Selamat mencuba..Terima kasih sudi baca ^_^.Assalamualaikum.

7 comments:

Mizz Aiza said...

mak akak suka kuih ni.. selalu akak beli je sebab tak reti nak buat.. agak2 kalau akak cuba masak guna pemanggang ajaib pun mesti bolehkan?

NinaAz said...

Nina serius suka kuih ni. Tp kalu ma buat lg best. Hihi
Sb kt kedai kdg2 rasa kapurnya mcm terlebih. Thnx sharing resepi. Nanti nina nk try buat. Hihi

dilaella Ella said...

boleh kak,mesti cantik tu kalau guna pemanggang ajaib :)

sama lah,saya pun suka kuih ni :).sama2 :)

isam ismail said...

buatkan untuk dimakan oleh blogmimpisemalam.blogspot.com,, sedap nampak

Mrs Asymptote said...

sedap ye akak.saya suka kuih ni U_U

Normi Nieza said...

suka kuih nie..:)

mirza syazwina said...

kuih ni sedap jugak ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain