Followers Tersayang

Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum.
Hii.
Menu sarapan ringkas pagi tadi nasi goreng kampung.Resepi yang paling senang nak sediakan.Nasi goreng ni sedap di makan bersama sambal kicap pedas.Jom tengok resepi..
RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
Segengam ikan bilis
4 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)
Sayur kangkung
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Perencah nasi goreng kampung 
Bawang merah -ditumbuk
Bawang putih -ditumbuk
Minyak masak
Ikan masin goreng
Cara-cara:
Panaskan minyak ,tumis bawang yang ditumbuk bersama ikan bilis sehingga garing.Kemudian masukkan sos tiram,sos cili dan cili padi.Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.Tambahkan perencah nasi goreng dan sayur kangkung.Gaul sehingga masak,angkat dan hidangkan bersama ikan masin dan sambal kicap.
RESEPI SAMBAL KICAP PEDAS
Cili padi
Bawang merah -dimayang
Limau kasturi -ambil jus
Garam dan gula
Kicap
Campurkan semua bahan.Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca.Assalamualaikum.

10 comments:

Nies alhaQ said...

Wahhh. Looks like verryyyy delicioussss! Yummyyyy.
Leh try pasniii ^^

ZassDhiey said...

Dhia nak try ikut resipi ni laa,.nmpak sedap! :P

Ifa Ajerr said...

wahhh, dapnyerr!!peberet sy tu :D

mairamanja said...

wah..tengok nasi goreng ni lapar lagi lak...huhu

Mizz Aiza said...

nampak sedap.. mesti cuba.. :D

Cik JariManis said...

untung siapa dpt dila jadi calon isteri..hiuhiu..kenyang diaa

Nana Liena said...

rajinnya masak..heehe.. tak pernah lg makan dgn sambal kicap..huhu..

mirza syazwina said...

wahh^^suka nasi goreng kampung=D

batrish said...

sedapnye..

Hafizah Alsa said...

mak ai.. bagus ni.. nak bljq masak. dah besaq mc tak reti masak ni. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain