Followers Tersayang

Kek Chiffon Coklat

Assalamualaikum.
Hii.
Macam ketagih pula nak makan kek chiffon ni,memang sedap dan lembut.Semua orang dalam rumah pun  sukakan kek chiffon ni.Masuk kali ni dah tiga kali saya buat kek chiffon coklat.Cara nak buat lebih kurang sama dengan kek chiffon pandan.Resepi kek ni saya ambil dari Mat Gebu.Resepi ni saya tambah coklat emulco sikit,nak bagi rasa coklat tu kuatJom tengok resepi..

RESEPI : KEK CHIFFON COKLAT
SUMBER : MAT GEBU
BAHAN A 
4 kuning telur (gred A)
135 ml air
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder
1 camca teh coklat emulco -saya tambah
BAHAN B
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar
CARA_CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla,dan coklat emulco kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) -(saya guna acuan biasa saja,sapu mentega dan alas dengan kertas minyak),bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang....
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

3 comments:

ZassDhiey said...

nampak sedap! :) btw sis u has been tag,.^^
http://zassdhiey.blogspot.com/2013/05/11-things-about-me.html

Isya said...

thanks for the recipe!! nanty lepas exam mid year ni, nak try buat lah! hehee..

mieraazman said...

hi . foll u here btw , anda ditag http://iamkpopperss.blogspot.com/2013/05/soalan-cepumas.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain