Followers Tersayang

Biskut kesukaan masa hari raya..

Assalamualaikum.
Dalam banyak-banyak biskut raya,biskut inilah antara biskut yang menjadi kegemaran saya iaitu biskut ulat bulu.Kalau beraya kat rumah orang mesti cari biskut ni,bukannya apa saja nak merasa dan mencari biskut yang paling sedap,kalau jumpa biskut yang wangi dan lembut haa..tuan rumah tulah yang menjadi sasaran sesi temuramah resepi.Biskut ini agak popular di negeri Sabah,tapi tak tahu pula kalau kat semenanjung..kalau kat sana biskut apa yang popular?
Tapi raya tahun ni tak dapat nak merasa biskut ulat bulu kat rumah orang..huu sedihnya.Biskut di rumahlah yang menjadi sasaran..cer tengok tinggal separuh je..siapa makan?hihi

Saya suka biskut ni sebab bau pandan dan rasa susu..bila makan je terus cair dalam mulut.Tak susah pun nak buat..Bahan penting mesti pilih butter yang berkualiti baru biskut jadi lembut.Kalau nak wangi guna air daun pandan asli..kadang-kadang orang suka letak perisa pandan yang beli kat kedai tu,tapi bila masa makan rasa tu boleh bezakan lagi yang asli atau tidak.
Korang pula suka biskut apa masa hari raya? ^_^

12 comments:

Keyme Keymoo said...

kalau kimi, kimi cari almond london, haha, kalau kerepek, kimi suka sangat rempeyek :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

first time akak tengok biskut ni.. memang menarik, mesti rasanya sedap..

mirza syazwina said...

kalau guna perasa pandan tak sedap kan.
nampak sodaap ajeee tu ^_^
teringin nak rasa.mai pos sini.hehee :p

Normi Nieza said...

cik nor suka rempeyek..:)

shu said...

mcm biskut makmur..tu fav sy :)

SecretOfShaila said...

yum..yum...biskut tue mcm sedap jer nampak..^^

As shah ira said...

sy pom suka biskut ni.heheh

follow sni.heee

Sop said...

nampak pun dah sedap :)

S.K.A said...

sedap ke?? rsanya xpnh mkan lg neh..kalau makan msti berbulu2 kn..he3 =)

Myra Jay said...

Tak pernah tengok rasanya biskut ni..
Maklumla MJ bukan penggemar biskut raya :D

siti ZAHARA said...

kat umah ni biskut kegemaran biskut suji..mng kena bt lah..hee

ayut said...

nama ye tu tak leh trima la dear..huhuhu..dia ala2x kuih makmur ea??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain