Followers Tersayang

Ayam panggang lada hitam

Assalamualaikum.
Kali ni saya nak share resepi ayam panggang yang sangat senang dan sedap.Resepi ni saya ambil dari SINI.Jom start masak..
RESEPI : AYAM PANGGANG
SUMBER : HAIRUL
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar madu
2 sudu teh garam
50 gm butter
2 sudu besar lada hitam
Kentang - di dadu (saya tambah)
Serai -di titik (saya tambah)
Cara-cara:
Kisarkan bawang putih dan bawang besar.Satukan semua bahan-bahan kecuali butter dan lumurkan dengan rata  pada ayam.Perap selama 1-2 jam.Sapu butter dipermukaan dalam dan luar kulit ayam.Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.Air perapan ayam di sapu semasa membakar ayam.Taburkan lada hitam.(cara saya- sentiasa balik-balikkan ayam pada selang 10 minit masa proses mambakar dan sapukan madu pada 10 minit terakhir.)
Sedap di hidangkan bersama sambal lada dan kicap.
Selamat mencuba ^_^

8 comments:

SecretOfShaila said...

wahhh..menyelerakan tgk...^^

mirza syazwina said...

menyelerakan sungguh,kenyang pun jadi lapar :)

huny madu said...

sedapnya.. rajin dila buat..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya.. special makan di hari raya..

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

shark said...

nampok cam simple jer..
tp tetap nk beli..
hehe..
mlas nk buat :p

Teena Tna said...

raya ni makan sy banyak sangat kot sampai gusi pun dah start rasa sakit

ayut said...

tu dia...ayam panggang time raya la ni ea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain