Followers Tersayang

Cekodok Pisang Rangup

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, sudah minum petang? Petang ni makan cekodok pisang je dengan air putih..skip minum manis-manis hehe.. Hari tu buat kek pisang, sekarang cekodok pula..hehe. Apa pun cekodok ni sedap dan rangup, tak percaya boleh lah cuba nanti.
sekali pandang macam nugget pula 
RESEPI : CRISPY BANANA FRITTERS
SUMBER : DAPURKU SAYANG
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum atau secukupnya
pisang secukupnya (dilenyek) - DJ guna pisang emas 5-6 biji -saya guna pisang raja
60 ml susu cair
1/2 cawan gula (-/+)
Sedikit garam
Breadcrumb / serbuk roti secukupnya

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan , kecuali serbuk roti. Sebatikan sehingga gula hancur. Boleh tambah tepung jika perlu. Kemudian ambil sesudu adunan dan bentukkan mengikut citarasa sendiri. Buat sampai habis.
Salutkan atau golek-golekkan adunan ke dalam serbuk roti. Sejukkan sebentar.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng sehingga keemasan.
Enak dimakan panas-panas..
Selamat mencuba ^_^.

19 comments:

Invisible Me said...

Nampak macam nugget goreng. Hehe
Macam sedap ja.

Cik Nor said...

sdapnya..:)

Fiza Aizzawa said...

npk cm nugget.. rangup tu..nyum22

Unknown said...

Sedapnyaaaa da lama x makan hehe

norhasnizakhalid said...

wah.. sedapnya,.. mama suka makan pisang yang telah digoreng...

Lieya Von Jay said...

wah nampak sedapppp.. xpernah cuba lagi buat yg mcm ni.. ^_^

Mizz Aiza said...

nampak sedap dan rangup je dila.. boleh cuba nanti.. :D

Mirza Rohizat said...

rasanya selama ni makan cekodok pisang tak rangup pun,resepi baru ni!

naomei said...

makan-makan..hihi....
sedap nie :)

klik tabungan adik...:)

Ainim Rashihah said...

nyum nyum

Anonymous said...

hhehehehe..mesti sedap..

Nisa said...

Ha'ah, sekali pandang nampak macam nugget. Untunglah siapa dapat awak, suka memasak :3

munna said...

kak munna pun mula2 tgk ingatkan nugget.... buat mcm ni mesti anak2 laju je nak makan sebab dia ingat nugget tu

Putri said...

nampak cam sedap..kena try ni..

Unknown said...

Wah, my faveret

licha said...

nampak sedap tu dear

Unknown said...

sedapnya....nk buat la...

jaakechik said...

jaa belum penah lagi buat yg ranfup mcm ni, pasni boleh la cuba buat. tq share resepi...

Cik Itah said...

wahh...sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain