Followers Tersayang

Kek span yang mudah dan sedap

Assalamualaikum.
Dah lama mencari resepi kek span yang sedap macam kat kedai kek, selalu buat tak berapa menjadi kadang-kadang berminyak, tak gebu dan tak lembut. Akhirnya jumpa juga resepi kek span yang diidam-idamkan..nak buat pun senang je.Resepi kek span ni dari Kak Azlita..saya sangat teruja melihat hasil kek beliau yang sangat cantik dan kreatif. jom tengok resepi..
RESEPI : KEK SPAN COKLAT
RESEPI ASAL: CHEF ALEX GOH
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak
Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan
1 sudu teh esen vanila 


Cara-cara:
*Sediakan loyang bulat 8 inc
*Oleskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan
*Panaskan oven pada suhu 170C
*Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
*Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
*Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue) 
*Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
*Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
*Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
*Tambahkan esen vanila
*Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
*Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
*Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
*Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.

Dah siap bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba ^_^



16 comments:

Nur Atira said...

boleh cuba nanti nie :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedap tu.. pandai dila buat.. akak sampai sekarang buat kek asyik tak menjadi je..

Nadya Dyana said...

kek span mmg sedap :)

Teena Tna said...

ada bakat nie...
nnt boleh try jugak

mirza syazwina said...

bahan-bahan dia pun ok jugak,trak la susah sangat kan :)

Kathy Rbain said...

sedapnyer...

Norhasniza Khalid said...

wahhhh.. sedapnya dilaa.. bestnya tengok hiasan dia..

SecretOfShaila said...

wahhh...sedapnya..nak try buat lar..^^

akmaL said...

hebatnye dila buat..nampak sedap sangat2 :P

Mime MF said...

sedapnya tgk!>,<

Cik Itah@RRP said...

bole try ni nanti ..

siti zahara said...

klu rajin bleh la cuba..tpi zara tak pernah lagi kut buat kek..takut tak mnjadi je..huhuhu..=D

Hafiza AizZawa said...

ngk pun dah terliur rsnye..

chicken_floss said...

mcm sng..tapi faktanya sng macamane sy buat kek tak pernah jadi..hoho..:(

qistyanie said...

Sorry nk Tanya tepung yg digunakan tepung gandum ke?

junainah mohamed said...

wahhh....gebunya...nak trylah nanti :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain