Followers Tersayang

Kek pisang cepat siap

Assalamualaikum.
Kelmarin mama saya tebang pisang dua pokok, bila tengok banyak pisang di rumah risau pula kalau tak dapat habiskan..macam hari tu masa raya, kebetulan setandan pisang masak ranum..masa raya kan sibuk, pisang tu pula tak terusik sampailah buruk..membazir kan. Hari ni kebetulan ada sesikat pisang yang masak, nak buat pisang goreng tapi rasanya pisang ni tak sesuai..kalau pisang sabah tak apa juga, buat kek jelah. Tapi malas pula nak guna mixer elektrik sebab bising sikit hehe.. Google-google jumpa pula resepi kek pisang yang tak pakai mixer ni. Senang main campak-campak je. Jom semak resepi..
RESEPI : KEK PISANG CEPAT SIAP
SUMBER : MAT GEBU
Bahan-bahan :
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)-saya pun guna gula perang
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan
Cara-cara:
*Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
*Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna), saya guna esen vanilla. Gaul hingga sebati. *Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
*Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..
Selamat mencuba..^_^

19 comments:

Norhasniza Khalid said...

sedapnya dila.... pandai dila buat..

Ayu Zan said...

gebu! pandai wat kek. kite xpandai. kek cekolat kukus je pandai..

Murni Amir said...

ok serious nampak sedap . . nak skit !!!! wawawawa ~ ;D

Azza Afdzal said...

tgk mcm senang je buat kan...

Illya LeYa said...

sedapnye dpt mkn kek pisang ni..

Ainim Suju said...

Saya kalau buat kek mmg tak pernah guna mixer...guna tangan je..hik hik hik

Nao Mei said...

rajinnya adik :)

klik nuff lagi

Keyme Keymoo said...

mudah dan cepat, kena cuba ni..hehe

Kathy Rbain said...

simple dan sedap..

Siti(zoey) said...

sedapnya..

nor hadhirah said...

kek pisang memang sedap,lawanya kek tu.hee

Lieya Von Jay said...

sedappp nyerr

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

gebunya dila buat.. nak cuba juga la nanti..

SecretOfShaila said...

rajin betul dilla...^^

Nur Kamsinah said...

sedapnye~~ suka jugak buat kek :)

Sally Samsaiman said...

dia naik elok ek..? boleh try laa... ;)

ayut said...

mmg gaya yer cpt siap ni kek yer...hihihi..mat gebu mmg best kan resepinya..senang je nk follow :) mekasih singgah blog.baru sempat nk membalas harini :)

Mieya Atiera said...

nice sharing. Teringin nak buat. Tapi itulah sekarang nie nak jumpa pisang pon susah

Mieya Atiera said...

nice sharing. Teringin nak buat. Tapi itulah sekarang nie nak jumpa pisang pon susah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain