Assalamualaikum.
Sekarang saya gemarkan kek butter ni, mungkin kerana cara penyediaannya yang agak senang berbanding dengan kek lain. Kek butter ni makin sedap dimakan jika semalaman disimpan dalam peti sejuk..Hari ni saya cuba buat kek butter pandan alhamdulilah menjadi, sangat lembut sampai nak letak atas redai kek pun kena hati-hati..agaknya terlebih letak susu segar kot hehe. Okey jom semak resepi.
RESEPI : PANDAN BUTTER CAKE
SUMBER : MORI'S KITCHEN
Bahan-bahan :
175 gm butter
100 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila
1 /2 sudu teh perisa pandan
1/2 sudu teh Pewarna hijau
110 gm tepung naik sendiri
3 sudu makan susu segar
Cara-cara :
- Griskan loyang 8" x 4" dan lapikkan dengan baking paper.
- Panaskan oven 175 degress.
- Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur sebiji pukul kemudian masukkan lagi telur dan pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar tadi.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satu bahagian di masukkan perisa pandan dan juga pewarna hijau.
- Masukkan selang seli adunan asal dan juga aduanan pandan.
- Akhir sekali bakar dengan suhu kepanasan 175 degrees dalam masa 25 minit atau sehingga kek masak bila di cucuk dengan lidi. (ikut oven masing-masing)
- Bila kek telah cukup masak keluarkan dari oven. Biar kan sebentar dalam 2 atau 3 minit. Keluarkan dari loyang dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba ^_^.
15 comments:
bestnyaa pandai buat cake sendiri..
bleh copy recipe =)
wahhh.. dari gambar je dah dapat agak... tentu sedap ni..
wahhh..bila cuti nanti bolela cuba ni..
Semua bahan ada dlm peti ais ni. Esok pun cuti... akak ambil resepi ye Dila.
rajin dila... huhuhu
wah,sedap2..thanx sharing resepi ni..;)
barulah lega dapat blogwalking..
butter cake...hehhe..esok nk buat gak la... :)
sedapnyaaaaaaaaa nak try lahh
Hee...tak pernah try lagi buat kek,kek batik je baru pandai,hihi....
Soo nyummy...ada masa nnt nak try jugak la.
nampak sedap tu dila.. :D
lawanya warna hijau kek tu :)
yummy..
nmpak sdap je =) ada bt bisnes kek ke??
@S.K.A takde lah, sekadar hobi masak2 je hehe :)
Post a Comment