Assalamualaikum..
Menu untuk tengah hari ni sup tulang.. Bab-bab sup ni saya memang tak berapa mahir sangat.. kalau buat pun rasa macam ada saja bahan yang kurang tapi tak tahu pula apa. Alhamdulilah.. percubaan membuat sup kali ni agak berjaya.. gembira bila masakan kita habis dimakan. Kali ini saya ikut resepi dari Kak Nor. Jom semak resepi..
RESEPI : SUP TULANG
SUMBER : SECUBIT GARAM @ KAK NOR
Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 inci halia diketuk
1 rempah sup bunjut @ 3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang - saya tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
Bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Cara-cara:
- Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jangan buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yang sederhana sahaja. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
- Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibahagian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yang dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
- Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
- Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
- Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak boleh empuk kan.. hehe)
- Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
17 comments:
cer hantr sikit kat sally...nk komen ni..hahaha :D
sup tulang memang awesome... my favourite juga...
yummy.. sedapnya kalau dapat makan tengahari ni.. :D
Pndai dilla masak ni..sya ssllu buat sup ayam je..nnti bleh g cri tulang plak..tp yg pling feveret..mmg sup ekor..sgt sdp.. :)
bestnya..:)nanti blh cbe..
sedapnye.. time hari raya korban hari tu puas mkn sup tulang..
macam sedap ja :)
Akak kalau buat sup buat dalam jumlah yang banyak lepas makan dengan nasi next editionnya celur bihun pulak, nikmatnya...
aduhh feveret sye nie..sedap nye la tgk...
pergghhh, mcm sedap je, mcm nak rasa je. hehehe. sambal kicap tu mmg sllrpp...
my fav...
tak suka sangat makan sup tulang..xde isi..hehehe..tapi kalau penggemar tegar mmg suka sgt kan..lagi2 hirup dalam tulang tu.
wahhhh nampak sedap ni dila :)
sup panas dengan sambal kicap memang kombinasi yang best!
aiyayayai sedapnya omgeeeeeeeeee
kenapaaaaaaaaaaaa
TT_TT
wahh fav food jm! tapi klu nak buat mmg jm takmo..takut jahanam ja dapur..haha!
Rasa macam dah lama tak makan sup tulang ehee
Post a Comment