Followers Tersayang

Aktiviti petang #makan jambu air

Assalamualaikum.
Petang korang, apa aktiviti petang ni? Di halaman rumah saya ada sebatang pokok jambu air yang sedang berbuah lebat sampai banyak buah yang buruk jatuh sana sini. Burung ja yang kenyang makan, mana tidaknya tak ada siapa yang dapat ambil buah jambu tu sebab dah lah pokok tinggi dari rumah, banyak kerengga pula tu, galah pun tak ada macam mana nak ambil. 
Terliur pula tengok buah jambu air merah yang masak tu, sayang pula kalau tak dimakan. Lepas tu pujuk-pujuk adik bongsu sebab dia saja harapan yang suka panjat-panjat ni, nasib baik dia mahu kalau tak kempunan lah nak merasa jambu air hehe.
Sebenarnya adik tak panjat pun pokok tu, naik kat atas bumbung stor lepas tu kait buah jambu guna pencakar sampah.. Kalau saya yang naik habislah runtuh bumbung stor tu. Dulu masa sekolah rendah, pokok jambu air ni lah tempat kami bermain, siap buat pondok lagi tu di atas pokok.
Adik balik-balik merungut sebab banyak kerengga gigit, saya buat tak tahu ja hihi. 
Ni ja hasil yang kami dapat, banyak yang jatuh bercampur dengan jambu yang buruk tapi malas pula nak cari satu-satu.
Lepas dah cuci dan potong, gaul-gaulkan dengan serbuk asam lepas tu dah boleh makan.. segar dari pokok hehe. Jambu air mengandungi vitamin c yang kaya dengan antioksidan dan baik untuk kesihatan kulit, selain tu kandungan air dan serat yang terdapat dalam buah ni penting untuk melancarkan sistem pencernaan. ^_^
P/s : Banyak kebaikan makan buah-buahan ni..

14 comments:

Ainim Rashihah said...

dulu masa duduk perak pun, kat belakang rumah ada pokok ni..petik je bila nak makan

Sweet red cherry said...

salam dila..

memang best makan jambu ..cicah dengan kicap dan cili padi pun sedap tu..

randomlyally said...
This comment has been removed by the author.
randomlyally said...

oops..abaikan ajelah komen tadi.

Asha Lya said...

sedapnya dilla minta sikit :D

Kiera Rashid said...

wahhh , sedap yee jambu bila di campur dengan serbuk asam .. yummy2 :D

Cik Puan said...

untung juga kalau ada pokok sendiri nda payah beli...
aduiiii kalau ada dekat dengan cik ne mang dah lama cik kait kasi habis..jadi hantu jambu air jap..ahhaha

Mizz Aiza said...

terliurnya akak tengok.. bestnya ada pokok jambu air sendiri dekat rumah..

Mirza Rohizat said...

pergghh warna dia
soodapnyooo..terliur plak tgok memalam ni >_<

Aqilah Azmi said...

<333
nyummm
rindu nya nak balik kampung hikhik

Unknown said...

alahai..sedapnya...my favorite ni hihi

Unknown said...

tetiba teringat zaman kanak2..suka panjat pokok jambu air belakang n depan rumah..pokok jambu pulak banyak kerengga... tapi skg semua pokok dah ditebang... sedih2..kenagan zaman kanak2 rebina kita tu..akeke

Lieya Von Jay said...

sedap nya nmapk jambu air tu.. terliur plak :)

Unknown said...

wahh.. lebat nya buah jambu air niii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain