Followers Tersayang

Serunding kelapa

Assalamualaikum.
Lamanya tak jenguk blog, fuhh tiup sikit hehe. Pada korang yang sudi berkunjung ke blog ni walaupun tiada cerita baru, terima kasih diucapkan. Idea menulis ke laut, hari-hari buka laptop cari pasal jahit-menjahit ,saya sebenarnya nak belajar jahit dress..memang pening banyak sangat yang saya tak faham hmm.. tak apalah oleh kerana dress ni saya nak pakai nanti, jadi nak tak nak, kena belajar juga.. Boleh saja kalau nak hantar kedai jahit tapi mesti kosnya mahal kan, kalau jahit sendiri jimat sikit. 
Opps lari tajuk pula hihi.. hari ni saya nak kongsi resepi serunding kelapa, bahan pun lebih kurang ja dengan serunding yang lain cuma gantikan dengan kelapa parut. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SERUNDING KELAPA
SUMBER : CIK MANGGIS
Bahan-bahan :
1 biji kelapa-ambil yang putinya saja.

Sedikit serbuk kunyit.
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 hirisan lengkuas.
1 tsp jintan manis.
1 tsp jintan putih.
1 tsp biji ketumbar.
5 biji cili kering-rebus.
2 batang serai.
2 helai daun limau purut.
1 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :

  1. Gaul kelapa dengan serbuk kunyit dan goreng tanpa minyak sekejap.
  2. Jintan manis,jintan putih,ketumbar,serai,lengkuas,bawang merah,bawamg putih dan cili kering dikisar halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.Masukkan kelapa parut,garam,gula,asam keping dan daun limau purut.
  4. Perlahankan api dan masak perlahan-lahan  hingga agak kering.
  5. Siap:)
Selamat mencuba ^_^.
p/s : terima kasih pada korang yang ucap selamat hari lahir untuk saya .. sayang korang.. ^_^

16 comments:

Zara Nurhaidah said...

seriously zara suka mkn kuih muih yg inti serunding kelapaa ni.. perghhh.. xbole blaahhh.. sodap !

Asha Lya said...

rajin btl dilla memasak ekk..haah kalau jahit sndiri boleh jimat.

Bbwana adienia said...

salam dila..

em, sedap tu serunding kelapa..

Aku Penghibur said...

wahh mudah jugak.. boleh buat nie.. tapi nak makan dengan apa ?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedap tu dila.. makan dengan nasi panas lagi sedap..

msredcheesecake said...

anak akk suka serunding tapi akk malas sikit nak buat...hheee

Farra N said...

omagawd...terliur suda..

ika zulkefli said...

wah mcm sedap je..hihi tp lebih suka serunding ikan..terbaik..:)

Cik Puan said...

dap nya serunding...

Akeyla Azmi said...

nyam nyam hehehehe :3

Cikna said...

Sedap......;-)

Naniey Jemiey said...

srunding kelapa nie boleh makan dnegan apa ya...??klik british council..

mirza syazwina said...

serunding memang sedap klau makan dengan nasi panas ^_^

Isya PurpleZ said...

cam sodap .. jer. nanti akak tlg masak utk kite ekk.. hehe

join contest sy, sis?
http://isyapurple.blogspot.com/2014/02/contest-teka-gambar-dan-menang-topup.html

Nurul Farahizzati said...

even bc resipi pun, boleh terliur ni haa.. belum lagi ada kat depan mata.

Gee Lion said...

kurang gemar tapi boleh je nak cuba.. thanks for the recipe.. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain