Followers Tersayang

Roti Putih Lembut..

Assalamualaikum.
Cuaca hari ni agak lembab asyik hujan ja nak pergi mana-mana pun agak terbatas, sesetengah kawasan di daerah Keningau, Beaufort dan Tenom kena banjir ada beberapa kampung terputus hubungan, alhamdulilah kat tempat saya tak dinaiki air.. Moga banjir di kawasan yang terlibat cepat pulih. 
Hari ni saya nak kongsikan resepi roti putih yang memang lembut macam roti yang kita selalu beli di kedai tu hehe..
Saya guna loyang yang agak kecil sebab loyang besar tak ada.. Tu yang rupa roti tu lain sikit hehe. Okey jom semak resepi.
RESEPI : ROTI PUTIH
SUMBER : ZACK ZACHOES
Bahan-bahan (12-14 keping)
1C air, suhu bilik

1 sk garam
3 sb margarine
1 sb madu
3C tepung serbaguna @ tepung gandum
1/4C susu tepung
2 sk gula
1 1/2 sk yis

Cara-cara : ( saya uli dengan tangan, kalau guna BM lagi senang..)
  1. Kalau ada mixer, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.
  2. ON-kan mixer, perlahan-lahan tuangkan air ke dalam adunan. Pastikan guna doh hook tau bukan whisk :p
  3. Uli sampai doh tak melekat (sangat) di dinding bekas (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.
  4. Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik (satu tip berguna: kadang-kadang doh rasa macam lekit, macam tidak masa uli tu. Bila doh dah rasa elastik dalam masa 10min+- menguli, tapi masih agak melekit, ku lengserkan tapak tangan dengan sedikit butter/margarine. Pastu teruskan uli sampai betul-betul tak lekit kat tangan/papan. Secara teori tak tahu orang lain buat macam ni ke tak, tapi dah berapa kali ku buat macam ni result baik dan tak memudaratkan malah lebih menyenangkan ku meng'handle' doh).
  5. Perapkan doh sejam hingga naik 2kali ganda.
  6. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine.
  7. Perap 40min sampai naik 2 kali ganda.
  8. Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.
  9. Sejukkan atas redai (ku sapu margarine sikit bagi kekal lembut).
  10. Note: Kalau uli tangan, cara sama diatas. Campur semua bahan dalam bekas dan uli sampai elastik dan lembut.
Selamat mencuba ^_^.
Untuk resepi roti telur dan puding roti klik sini, sini dan sini.

14 comments:

Akeyla Azmi said...

Kak dilaaaaaaaa buat lah biskut lidah kucing tu hmmmmmmmmm

Akeyla Azmi said...

U MADE UR OWN BREAD?!?!?!
UGHHHH

Ezy Loy said...

nmpk gebu je roti

Cik Puan said...

best nya pandai buat home made roti..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya.. sebiji sama macam yang dibeli di kedai..

syuk shusuke said...

duduk kat kawasan banjir tu ke ?

mirza syazwina said...

jimat la tak yah beli dah kan..teheee :D
tapi miza tak pandai bab buat roti ni..huhuu

Razi ten said...

Wahhh, first time I seen a real homemade Roti xD
I can't imagine the tasty of eating it when they just came out of oven.. yummy

Al Kisah said...

beli roti di kedai dengan buat roti sendiri.. yang mana lagi jimat??

Gee Lion said...

Thanks for the recipe cik dila.. =3

Asha Lya said...

haah kat kampung lya masih banjir lagi d beaufort..tak surut2 lagi...ehh rajinya dilla buat roti ekk ada bakat membaking nie

Nur Kamsinah said...

rajinnya dia :)

Ayu Zan said...

apsal la dila hebat sgt ni.hihi... nk datang makan uma dila la

Zara Nurhaidah said...

wahhh.. nk dtg uma dilaa laa.. mkn sma.. hohohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain