Followers Tersayang

Roti Sosej lagi..

Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsi resepi roti lagi, maaf kalau ada yang dah bosan.. macam ketagih pula nak meroti ni hihi. Semua dalam rumah ni suka makan roti, tu yang rajin buat roti jari-hari sampai lenguh tangan menguli tepung..Bila lah nak dapat BM ni hehe.. Resepi ni lebih kurang sama dengan roti sosej hari tu cuma rupa ja tak sama.. Jom semak resepi..
Tak cantik pun..
RESEPI : ROTI SOSEJ
SUMBER : TIFFIN BIRU

Bahan-bahan :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (1 biji telur, pecahkan, kacau sedikit dan timbang, simpan bakinya)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)

Bahan-bahan lain :
10 batang sosej Ayamas, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise, untuk hiasan
Sos tomato, untuk hiasan
Mix vege (karot, kacang pis, jagung), untuk hiasan
Cara-cara: 
UNTUK DOH ROTIMasukkan yeast dalam bekas bersama 10 gram gula halus dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih. Sementara itu, gaul tepung, baki gula halus, bread improver, bread softerner, garam halus dan susu tepung hingga rata, buat lubang di tengah2 bancuhan tepung. Tuang telur dan bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul perlahan2 hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, uli 20 minit tanpa berhenti. Bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup, biar 50 minit hingga 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap (selalunya BM akan mengadun selama 30 minit tanpa henti, dan memerap selama 1 jam),
  1. UNTUK ROTI SOSEJ "BSN DAN BLOSSOM : Tabur sedikit tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian sama besar (mat timbang 50 gram sebiji). Bulat-bulatkan dan ketepikan. Ambil 1 bahagian, leperkan sedikit dan canai memanjang sehingga mendapat ukuran sama dengan panjang sosej (seperti gambar di atas). Balutkan sosej tadi dengan doh roti.
  2. Kelar sosej hingga putus pada 8 bahagian, seperti dalam gambar. Kemudian tolak 1 keratan ke kanan dan 1 keratan ke kiri, buat hingga siap, itu untuk gaya BSN. Untuk gaya blossom pula, cuma perlu tolak keluar keratan sosej tadi dan pusingkan hingga membentuk bunga. Keratan terakhir anda letak di bahagian tengah. Kemaskan dan alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap dan perap 30 minit.
  3. Sapu dengan kuning telur (baki dari 30 gram tadi), kemudian paipkan sos tomato dan diikuti mayonnaise. Tabur dengan mix vege, rata-rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..
Selamat mencuba ^_^.

10 comments:

adrianna syaz said...

Pandainya dilla wat roti sosej ni..mcm kat kdai dah ni...tima kasih kngsi resipi..mmg akn dicuba sebab feveret ni.hehe..

Dilla,klu sdi,join ga sya ya..tima kasih :)

Zara Nurhaidah said...

wah.. caya laa.. ^^ seriously, zara xpndai wat semua ni.. hikhik..

SecretOfShaila said...

yummy...dapnya pulak tgk..^^

Scha Aryana said...

Scha suka sgt makan benda2 mcm ni.. Terliur tgk. hee

Weena said...

wah...pandai buat roti sosej... :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah. sedapnya.. boleh buka kedai roti dan kek lepas ni dila.. :D

Cik Puan said...

In shaa Allah ade mase cik baut nanti cik share kat blog yae

Mime MF said...

hihi rajinnya buat roti..nmpk sedap..:)

Affy Afiqah said...

wahhhh nampak sedap, pandai dila bake roti...huuu
pizza dila pernah buat?

Mommy Pinky said...

Wah, nampak sedapnya!! :D
MP kalau nak masak ape2 mesti tgk resipi. Kalau mcm tak kenal je bahan2 tu terus tak jadi nak buat. haha ;p

Salam perkenalan dari MP :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain