Followers Tersayang

Kek Pisang Coklat Urai

Assalamualaikum.
Hii.
Hari tu saya ada kongsikan resepi kek pisang marble dari Intan Hidayat,kali ni resepi kek pisang juga tapi dari CMGebu,resepi asal dari Kak Ummi Kuantan.Kek yang saya buat tak cantik sebab tak cukup bahan seperti gula perang dan kacang gajus.Coklat urai pun tinggal sikit jer.Tapi apa pun rasa kek ni tetap enak :).
Okey jom kita start masak..
Bahan-bahan:
  • 150 gm mentega atau majerin (kalau guna majerin rasa lain sikit)
  • 200 gm tepung kek @ tepung naik sendiri
  • 100 gm gula perang (resepi asal 150 gm gula kastor)>saya guna 100 gm gula biasa
  • 3 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • beberapa titik esen pisang
  • 50 gm coklat urai 
  • 1/3 cwn pisang yang didadu besar
  • 1/4 cwn cincangan kacang gajus secukupnya >saya gantikan dengan badam hiris
Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170C,lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega,alas dadar tin dengan kertas minyak,lenser juga kertas tadi.Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati,masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim.Pada kelajuan perlahan,masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis,putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula.Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi,gaul hingga rata.Tuang dalam tin tadi,ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau sehingga kek masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Enak untuk hidangan minum petang.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :).
Assalamualaikum.

6 comments:

NinaAz said...

Lama nina xmkn kek pisanh. Nk beli y kt kedai mcm was2. Dulu suka sgt y dkt supermarket tuuu

Incik B said...

Sedapnye.. Nak try.. pisang xder.. Kek Coklat Urai saje boleh x?? Abaikan pisang.. Kempunan..

Incik B said...

BTW, akak guna pisang aper erk??

MarnieyZ said...

hmmmm, sedapnya. nak try buat lah. hehehe

DilaElla said...

NinaAz >saya pun was2 jg kalau beli kek kat kedai,sbb kita x tau cara mereka buat mcm mana n bhn2 digunakan tu halal ke x kan..
Incik B >kek coklat urai pun ok jg.saya guna pisang emas..
MarnieyZ >boleh lah try buat nanti :)

mairamanja said...

bw sini dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain