Followers Tersayang

Kek Sarang Semut/Kek Gula Hangus

Assalamualaikum.
Hii.
Resepi kali ni ialah kek sarang semut ataupun kek gula hangus,ada juga yang panggil kek sarang lebah macam-macam nama kek ni.seingat saya kali terakhir makan kek ni masa sekolah rendah itu pun makan masa raya,tak ingat pula rasa kek ni macam mana.mak saya kata sedap,maka berkobar-kobar lah semangat nak mencuba buat kek ni hehe..saya guna resepi dari HaSue resepi asal dari  Kak Nor.saya ambil resepi yang dah di edit.
Bahan-bahan:
  • 125 gm butter
  • 4 biji telur >Hasue guna 5 biji telur
  • 1/4 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air>saya guna 1 1/2 cawan 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Hasue tambah esen vanila
Cara-cara:
  1. Cairkan butter dan biarkan sejuk.
  2. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air.kacau sehingga sebati dan cair,biarkan sejuk.
  3. Masukkan butter cair,tepung gandum (yang diayak bersama dengan soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur.
  4. Kacau sebati dan tapiskan.
  5. Peram selama 3-4 jam (lagi lama lagi elok untuk menghasilkan lubang-lubang yang lebih banyak)
  6. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 170-180C lebih kurang 40-45 minit atau sehingga masak.

* perlu berhati-hati masa menuang air ke dalam gula yang tengah panas dan nasa mengacaunya ya..bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati-hati. 
Nota tambahan dari K.Nor:
Berdasarkan pada eksperimen yang dah berjaya CMGebu buat,kek ni perlu dibakar dengan menggunakan api bawah sahaja untuk tempoh 35 minit pertama,lepas tu baru lah di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 minit lagi.Test dengan lidi,untuk pastikan kek telah pun cukup masak.suhu yang di gunakan  165-175C.
Kek ni lembut dan sedap..^^

Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.


6 comments:

mairamanja said...

wow..cantik!!hehe..mesti sedap jugak kan?

Unknown said...

pernah makan tp tak pernah buat. hehehe. thanks share :D

DILA ELLA said...

mairamanja >sedap..boleh lah try buat nanti :)
MarnieyZ >sama2..hehe^^

NinaAz said...

Cantik lubang2 semut tuuu. Hehehe

Yana@Nana said...

membalas singahan.. n follow juga.... sedapyer .. terasa teringin nak buat..tp x pandai n tak berapa tau nk mencr bahan2yer....almaklum bahan2 kuih punya nama mmg zerro sgt

Liyliz said...

ptm kali dgr kek sarang semut. slu nya dgr dgn panggilan kek gula hangus je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain